awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Justo beri kerjasama penuh kepada polis Malaysia

Bernama
Bernama
16/12/2015
11:24 MYT
Justo beri kerjasama penuh kepada polis Malaysia
Justo ditangkap pada 22 Jun di pulau Koh Samui dan dihukum tiga tahun penjara pada 17 Ogos setelah mengaku mencuri data itu, termasuk dokumen dan e-mel. - Gambar fail
Warga Switzerland Xavier Andre Justo memberi kerjasama penuh kepada pasukan tiga anggota polis Malaysia pada sesi mengambil keterangan selama 90 minit di Penjara Reman Bangkok di sini.
Sesi itu, yang diadakan semalam, berjalan lancar dengan kerjasama polis Thailand, kata satu sumber kepada Bernama.
"Pasukan polis diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Penyiasatan-Undang-undang) Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh itu menemu bual Justo dari 10.15 hingga 11.45 pagi.
"Sesi petang tidak perlu diadakan dan pasukan polis Malaysia kembali ke Kuala Lumpur pada Rabu, sehari lebih awal daripada yang dijadualkan," kata sumber itu hari ini.
Polis merekodkan kenyataan Justo dalam bentuk afidavit dan akan digunakan dalam penyiasatan di Malaysia, terutama berhubung dakwaan bahawa beberapa dokumen, khususnya yang mempunyai kaitan dengan urusan antara PetroSaudi International dan 1MDB, telah dipinda, kata sumber itu.
Sumber itu berkata, polis Malaysia juga mungkin berminat mengenai pertemuan yang dikatakan diadakan Justo dengan beberapa individu, termasuk editor dan pengasas portal Sarawak Report Claire Rewcastle-Brown, dan pemilik The Edge Media Group Tong Kooi Ong.
Justo sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International dengan menggunakan maklumat daripada data 90 gigabit yang dicurinya daripada syarikat itu.
Dia ditangkap pada 22 Jun di pulau Koh Samui dan dihukum tiga tahun penjara pada 17 Ogos setelah mengaku mencuri data itu, termasuk dokumen dan e-mel.
Justo sedang dalam proses memohon keampunan dan mungkin juga memohon mendapatkan parol atau dipindah untuk menjalani hukuman di sebuah penjara di Switzerland, kata peguamnya, Worasit Piriyawiboon di sini.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Amar Singh Ishar Singh
#Koh Samui
#PetroSaudi
#Worasit Piriyawibon
#Xavier Andre Justo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan