Bekas kakitangan Petrosaudi International, Andre Xavier Justo dijangka menaiki penerbangan untuk pulang ke tanah airnya Switzerland, lewat malam ini atau awal pagi esok selepas dibebaskan dari penjara hari ini.
Pegawai di pusat tahanan imigresen iaitu tempat dia ditahan ketika ini selepas dibebaskan dari Penjara Reman Bangkok pada tengah hari tadi, mengesahkan tiket penerbangan Justo telah disediakan.
"Ya, tiket penerbangan dia telah dibeli dan dia dijadual meninggalkan Thailand lewat malam ini," kata pegawai itu yang enggan memberikan butiran lanjut mengenai penerbangan Justo.
Pegawai itu yang enggan dikenali berikutan sensitiviti maklumat yang diberikannya itu, berkata warganegara Switzerland itu masih ditahan di pusat tahanan imigresen dengan ditemani beberapa pegawai daripada Kedutaan Switzerland di Bangkok.
Katanya Justo akan dihantar ke lapangan terbang kira-kira tiga jam sebelum menaiki penerbangannya.
Awal hari ini, bekas eksekutif IT Petrosaudi itu dibebaskan dari Penjara Reman Bangkok, tempat dia menjalani hukuman penjara tiga tahun, menurut peguam belanya.
Worasit Piriyawiboon memberitahu Bernama bahawa Justo telah dibawa ke pusat tahanan Jabatan Imigresen untuk urusan dokumen perjalanan sebelum menaiki penerbangan untuk pulang ke tanah airnya.
Justo tiba bersendirian di perkarangan jabatan itu pada kira-kira 11.50 pagi (waktu tempatan) dengan menaiki sebuah van dengan dikawal rapi oleh beberapa anggota komando bersenjata.
Ketika didekati dan ditanya oleh kalangan wartawan yang menunggu, warganegara Switzerland itu yang dilihat tenang, berkata dia berharap untuk berlepas pulang dengan penerbangan ke tanah airnya malam ini selepas menjalani hukuman penjara lebih setahun daripada jumlah hukuman penjara tiga tahun itu.
"Amat gembira, saya berharap untuk menaiki penerbangan pada malam ini dan tiba di tanah air saya esok," katanya yang memakai pakaian preman iaitu kemeja T putih dan seluar panjang biru gelap.
Hukuman penjara tiga tahun Justo dipendekkan selepas dia diberikan dua Pengampunan Diraja, pertamanya oleh mendiang Raja Bhumibol Adulyadej pada Ogos dan baru-baru ini oleh Raja Maha Chakri Bodindradevarangkun yang baru menaiki takhta.
Pengampunan Diraja yang diterimanya daripada mendiang Ring Bhumibol membolehkan Justo memendekkan satu pertiga daripada tempoh hukuman penjaranya, manakala yang diperkenankan oleh Raja King Maha Chakri melayakkannya untuk dibebaskan lebih awal.
Warga Switzerland itu didapati bersalah oleh mahkamah Thailand pada Ogos tahun lalu selepas dia mengaku salah terhadap pertuduhan cuba memeras ugut bekas majikannya.
Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok yang membuat keputusan itu memerintahkan Justo menjalani hukuman penjara itu dari 22 Jun tahun lepas, tarikh dia ditahan oleh pihak berkuasa Thailand di pulau Koh Samui, selatan Thailand. -- Bernama
Bernama
Tue Dec 20 2016
Warga Switzerland itu didapati bersalah oleh mahkamah Thailand pada Ogos tahun lalu selepas dia mengaku salah terhadap pertuduhan cuba memeras ugut bekas majikannya. - Foto Bernama
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.