Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berkata beliau tidak akan lagi bergandingan bersama Presiden Joko Widodo pada pilihan raya presiden (Pilpres) 2019.
"Saya ini mempertimbangkan juga dari segi umur, biar yang muda-muda," kata Jusuf Kalla dipetik laporan agensi berita ANTARA pada Selasa.
Jusuf, 76, dilantik timbalan presiden pada 20 Okt 2014 dan pernah menjadi timbalan kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (2004-2009).
Sementara itu media dalam talian di Indonesia masih melihat Jokowi dan Jusuf sebagai gandingan terbaik, namun berdasarkan Fasal 7 Undang-undang Dasar Negara Republik Indonesia 1945, presiden dan wakil presiden hanya boleh memegang jawatan itu untuk maksimum dua penggal sahaja.
Pemerhati politik di Indonesia berkata Jusuf sudah hilang kelayakan kecuali beliau bertanding jawatan presiden.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2018

Pemerhati politik di Indonesia berkata Jusuf (gambar) sudah hilang kelayakan kecuali beliau bertanding jawatan presiden. - Gambar fail

Kerajaan negeri, pihak berkuasa keselamatan pantau SOP bazar Ramadan
Kerajaan negeri akan meminta kerjasama daripada pihak berkuasa keselamatan seperti polis dan askar.

Jaringan Leandro, Bergson bantu JDT atasi Sri Pahang FC
Jaringan dua pemain import Leandro Velazquez dan Bergson da Silva menghadiahkan kemenangan kesembilan buat Johor Darul Ta'zim (JDT).

COVID-19 | Peningkatan kes global membimbangkan - WHO
Jumlah kes COVID-19 global setiap minggu meningkat hampir dua kali ganda sepanjang dua bulan lepas. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, jumlah kes baharu ketika ini semakin hampir mencecah kadar jangkitan tertinggi yang pernah direkodkan dalam pandemik ini.

Kelindan lori terlibat kemalangan dengan ambulans meninggal dunia
Kelindan lori yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah ambulans membawa pesakit COVID-19, maut ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, pada Jumaat.

Iklan Judi Raya | Pelakon akui silap, patut ambil tahu isi kandungan
Pelakon iklan kontroversi Hari Raya yang tular pada Jumaat, tampil membuat penjelasan dan mengakui dia serta pelakon-pelakon lain yang terlibat, tidak tahu iklan itu dikaitkan dengan aktiviti judi. Saifullah Mohd Yunus mendedahkan kepada MStar, dia hanya mengetahui iklan terbabit mempromosikan perjudian dalam talian selepas 70 peratus proses penggambaran selesai.

Video Tular | Iklan judi hina agama Islam - JAKIM
Kandungan video dipercayai mengandungi iklan judi sempena Hari Raya Aidilfitri menimbulkan kegusaran dan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini.

Bazar Ramadan | MBPP keluarkan 23 notis amaran
23 notis amaran dikeluarkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kepada penganjur =bazar Ramadan di negeri itu yang gagal memastikan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh tiga hari Ramadan.

Takziah | Jenazah Abu Bakar selamat dikebumikan
Jenazah pelakon veteran Abu Bakar Omar, 72 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru di Alor Setar, pada 5.40 petang Jumaat. Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Al Ghufran, Jalan Pegawai dari kediamannya di Jalan Bukit Nyamuk, Kuala Nerang untuk disembahyangkan.

COVID-19 | PKPD di 4 lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, PKPD itu membabitkan dua kawasan di Sabah dan masing-masing satu kawasan di Kelantan dan Pahang.

Kematian | Kanak-kanak maut lemas jatuh bendang
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam lubuk air sedalam dua meter ketika berbasikal berhampiran sawah padi di Kampung Hutan Kandis, Arau. Ketua Polis Daerah Arau SUPT Nanda Maarof berkata, kejadian berlaku pada 6.30 petang Jumaat.

COVID-19: Angka korban global kini lebih 2.96 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 564,000 kes.

COVID-19: Kes positif global lebih 137.8 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.4 juta kes.

Indonesia mula berpuasa esok, solat Tarawih di masjid dibenarkan
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa Ramadan mulai esok.

Sindiket pengedaran dadah antarabangsa didalangi Datuk dan Datin tumpas
Pasangan itu ditahan bersama tujuh ahli sindiket dalam enam serbuan di sekitar Johor dan Selangor pada 7 dan 8 April lalu.

Tujuh maut dalam gempa di Jawa Timur
Gegaran kuat dengan kekuatan 6.0 magnitud itu melanda perairan luar pesisir terletak kira-kira 45 kilometer di barat daya bandar Malang di Jawa Timur.

Gempa kuat 6.7 skala Ritcher di Jawa Timur
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 Skala Richter berlaku di Jawa Timur, berpusat di 90km barat daya daerah Malang.

Penghantaran 100 juta dos vaksin AstraZeneca ke Indonesia alami kelewatan
Indonesia juga sedang menunggu sejumlah 54 juta dos vaksin AstraZeneca secara berfasa menerusi skim perjanjian vaksin global COVAX.

Kes rogol Paul Yong: Saksi sahkan terdapat dua kesan koyakan baharu pada alat sulit mangsa
Saksi itu memaklumkan kesan koyakan dan geseran pada kemaluan mangsa boleh dihasilkan dengan cara konsensual atau paksaan namun tiada masa spesifik ia boleh berlaku.

Kes rogol Paul Yong: Pendakwaan mohon guna Akta Perlindungan Saksi
Pengarah Pendakwaan Negeri Perak Datuk Jamil Aripin memaklumkan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed bahawa dua saksi itu adalah peserta Program Perlindungan Saksi di bawah akta berkenaan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.