awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jutaan rakyat Bangladesh sertai upacara pengebumian Khaleda Zia

Bernama
Bernama
31/12/2025
15:10 MYT
Jutaan rakyat Bangladesh sertai upacara pengebumian Khaleda Zia
Ketika upacara pengebumian Khaleda, ramai yang hadir dilaporkan tidak dapat menyembunyikan kesedihan dan menangis. - AP
NEW DELHI: Pegawai tertinggi kerajaan, diplomat dan tetamu kenamaan dari Asia Selatan menyertai jutaan rakyat Bangladesh yang berkabung di Dhaka pada Rabu ketika negara itu memberi penghormatan terakhir kepada perdana menteri wanita pertamanya, Begum Khaleda Zia.
Khaleda, pemimpin Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) meninggal dunia pada pagi Selasa pada usia 80 tahun selepas sekian lama menghidap pelbagai penyakit.
Jenazah beliau dikebumikan dengan penghormatan negara di sebelah pusara suaminya, Ziaur Rahman.
Ketua Penasihat Kerajaan Interim, Muhammad Yunus, anak lelaki Khaleda Tarique Rahman, Ketua Hakim Negara Zubayer Rahman Chowdhury, pegawai tertinggi tentera, pemimpin Parti Warga Nasional (NCP) Nahid Islam serta ketua Jamaat-e-Islami Bangladesh, Shafiqur Rahman, antara yang menyertai solat jenazah di hadapan bangunan Parlimen.
Kenamaan asing yang menghadiri upacara pengebumian itu termasuk Speaker Dewan Perhimpunan Kebangsaan Pakistan Sardar Ayaz Sadiq, Menteri Hal Ehwal Luar India Subrahmanyam Jaishankar, Menteri Luar Nepal Bala Nanda Sharma, Menteri Luar Sri Lanka Vijitha Herath serta Menteri Luar Bhutan Lyonpo D. N. Dhungyel.
Ayaz dan Jaishankar turut menyampaikan perutusan takziah daripada negara masing-masing kepada Tarique Rahman.
Kawasan sekitar Jatiya Sangsad Bhaban (bangunan parlimen) menyaksikan suasana kesedihan yang luar biasa apabila jutaan rakyat dari seluruh Bangladesh berkumpul di Manik Mia Avenue di tengah kawalan keselamatan yang ketat bagi memberikan penghormatan terakhir kepada pemimpin yang dikenali sebagai pejuang demokrasi bersemangat waja.
Semua laluan utama menuju ke jalan berkenaan dipenuhi orang ramai.
Ramai yang hadir dilaporkan tidak dapat menyembunyikan kesedihan dan menangis, menurut laporan media tempatan.
Jenazah Khaleda dibawa ke lokasi pengebumian dari kediaman anak lelakinya sebelum tengah hari mengikut istiadat negara.
Dilahirkan pada 1945, Khaleda mula terlibat secara aktif dalam arena politik selepas pembunuhan suaminya, Presiden Ziaur Rahman di bandar pelabuhan Chittagong pada 1981.
Khaleda, yang pernah menjadi perdana menteri sebanyak tiga kali, mengetuai gerakan demokrasi pada 1980-an di bawah pentadbiran Presiden Hussain Muhammad Ershad.
Beliau pertama kali menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum 1991.
Khaleda meninggalkan seorang anak lelaki, Tarique, yang kembali ke negara itu selepas hidup dalam buangan selama 17 tahun di Britain, serta beberapa ahli keluarga lain. Anak lelaki keduanya, Arafat Rahman, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2015.
Allahyarham sering dianggap sebagai "simbol keberanian" dan "Ibu Demokrasi" di Bangladesh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#pengebumian
#khaleda zia
#tokoh politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan