awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jutawan Bitcoin tayang duit bunuh diri selepas dirompak 'Santa Claus'

Agensi
Agensi
05/05/2018
13:22 MYT
Jutawan Bitcoin tayang duit bunuh diri selepas dirompak 'Santa Claus'
Padah muat naik video tayang kekayaan, jutawan muda ini dirompak dan kemudiannya bertindak bunuh diri kerana tertekan. - m.fontanka.rum/Facebook
SEORANG jutawan Bitcoin di Rusia ditemui mati di rumah keluarganya, selepas insiden dia dirompak dan mengalami kerugian kira-kira 280,000 pound (RM1.4 juta) awal tahun ini.
Pavel Nyashin, 23 tahun, yang tinggal berseorangan di St.Petersburg, pada Januari lalu telah memuat naik beberapa video memaparkan dia bersama timbunan wang kertas, ke akaun YouTube miliknya.
Beberapa hari selepas itu, sekumpulan lelaki memakai pakaian Santa Claus memecah masuk dan merompak kediamannya, lapor portal m.fontanka.
Bukan sahaja dirompak, Nyashin turut dibelasah teruk dan terpaksa menerima rawatan di hospital.
Selepas kejadian itu, Nyashin berpindah ke rumah keluarganya dan dilaporkan berada dalam keadaan murung dan tertekan.
Akaun YouTube Nyashin juga sudah tiga bulan tidak dikemaskini.
Nyashin yang juga seorang konsultan, kemudiannya ditemui mati dua hari lalu, dan buat masa ini kematiannya diklasifikasikan sebagai bunuh diri.
Topic Berkaitan
#Bitcoin
#bunuh diri
#lelaki
#mati
#Pavel Nyashin
#Russia
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan