awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thaipusam: 10 laluan utama di Ipoh ditutup, dilencongkan
Kapal LCS 1 mulakan ujian perjalanan laut pertama hari ini - Mohamed Khaled
Isu FAM: Kepimpinan Eksekutif letak jawatan secara kolektif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar pengangguran UK naik ke tahap tertinggi sejak 2021, dengan pertumbuhan upah terus perlahan

Bernama
Bernama
17/07/2025
09:54 MYT
Kadar pengangguran UK naik ke tahap tertinggi sejak 2021, dengan pertumbuhan upah terus perlahan
Pasaran buruh terus melemah, dengan jumlah pekerja bergaji menurun lagi, walaupun data cukai yang disemak semula menunjukkan penurunan. - Gambar hiasan/AP
LONDON: Kadar pengangguran di Britain meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh empat tahun, manakala pertumbuhan upah pula terus perlahan, menurut data rasmi, lapor PA Media/dpa.
Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) melaporkan kadar pengangguran United Kingdom (UK) meningkat kepada 4.7 peratus bagi tempoh tiga bulan hingga Mei, berbanding 4.6 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga April.
Ini merupakan kadar tertinggi sejak Jun 2021.
Sementara itu, pertumbuhan purata pendapatan, tidak termasuk bonus, merosot kepada lima peratus dalam tempoh hingga Mei - tahap terendah dalam hampir tiga tahun.
Angka terbaharu ini menunjukkan tekanan berterusan dalam pasaran buruh UK, hanya beberapa hari selepas Gabenor Bank of England memberi amaran bahawa bank pusat itu bersedia menurunkan kadar faedah lebih agresif sekiranya kelembapan pasaran buruh berterusan.
Pengarah statistik ekonomi ONS, Liz McKeown berkata: "Pasaran buruh terus melemah, dengan jumlah pekerja bergaji menurun lagi, walaupun data cukai yang disemak semula menunjukkan penurunan dalam beberapa bulan kebelakangan ini tidak seteruk jangkaan.
"Pertumbuhan upah terus menurun dalam kedua-dua bentuk nominal dan sebenar, namun kedua-duanya masih kekal agak kukuh berbanding standard sejarah."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengangguran
#United Kingdom
#pertumbuhan
#upah
#Pasaran buruh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan