BANDUNG: Lebih 20 kubur terjejas akibat runtuhan tembok dan hakisan tanah yang berlaku di Tanah Perkuburan Awam (TPU) Sirnaraga, Kota Bandung dalam kejadian Selasa lalu.
Hakisan tanah menyebabkan dua kain kafan terjulur keluar dari kubur yang berada di kawasan tebing.
Kejadian itu dirakam seorang penduduk dan dimuat naik ke platform media sosial sehingga mengundang simpati warganet di Indonesia.
Ketua Unit Pelaksana Teknikal (UPT) Tanah Perkuburan Wilayah 3 Kota Bandung, Saeful Iman mengesahkan bahawa 25 kubur di TPU berkenaan terjejas.
Menurut Saeful, benteng penahan TPU di kawasan itu runtuh menyebabkan beberapa kubur terbongkar dan hampir menyebabkan beberapa jenazah hanyut.
Tambahnya, daripada 25 kubur yang terjejas, 10 kubur mengalami kerosakan dengan tujuh dicadangkan untuk dipindahkan.
Sementara itu, Ketua Polis Cicendo, Sadewo berkata, kejadian tanah runtuh sekitar TPU Sirnaraga itu berpunca daripada hujan lebat yang berlaku sekitar jam 2.37 petang (waktu Indonesia Barat).
Air dari Sungai Cilimus melimpah dan menyebabkan benteng di pinggir sungai itu runtuh.
“Daripada tujuh kubur itu, dua daripadanya adalah jenazah kanak-kanak kecil, lima lagi dewasa.
"Semuanya dalam keadaan baik, hanya ada sedikit yang boleh dilihat secara langsung seperti bahagian kepala,” katanya. - Sinar Harian memetik laporan agensi
Sinar Harian
Thu Oct 06 2022

Kain kafan jenazah terjulur keluar akibat hakisan tanah di TPU Sirnaraga, Kota Bandung baru-baru ini. - Foto TXT Dari Bandung

RUU intip: Penambahbaikan untuk penekanan holistik, rangkum semua aspek perundangan
Penambahbaikan terhadap draf dua rang undang-undang (RUU) berkaitan jenayah intip dan hendap telah dicadangkan bagi memastikan penekanan diberikan kepada kesalahan itu secara holistik.

Gempa bumi: Kedutaan Turkiye, Wisma Putra atur operasi, elak lambakan barang bantuan
Beberapa pasukan dan bekalan ubat-ubatan akan dihantar untuk membantu operasi mencari dan menyelamat yang menjadi tumpuan utama ketika ini.

Operasi SAR pelajar hilang di Pulau Mawar dihentikan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta yang dilapor hilang selepas mendaki bukit seorang diri di Pulau Mawar di sini dihentikan 7 malam, semalam.

Gempa bumi Turkiye: Operasi SAR pasukan SMART dipecah kepada beberapa unit - Nadma
Tujuh puluh anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye, kini dipecahkan kepada beberapa unit pasukan.

Tmax pasang Sistem Pengurusan Pangkalan Data Tibero di UiTM
Salah satu keperluan utama UiTM ialah mewujudkan pangkalan data di lokasi alternatif serta perlu mempunyai prestasi yang sama dengan pangkalan data utama UiTM.

4 MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
MoU itu melibatkan Tenaga Nasional Berhad dan anak syarikatnya serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan empat syarikat di Thailand.

Kedutaan Turkiye & Wisma Putra sedang atur operasi bersama - Duta Turkiye ke Malaysia
Duta Republik Türkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel memaklumkan bahawa mereka bersama Kementerian Luar dibantu NGO kemanusiaan akan menggerakkan pasukan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat di kawasan terkesan.

Musibah mempererat lagi hubungan Turkiye-Malaysia - Duta Turkiye ke Malaysia
Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel menyatakan setinggi penghargaan kepada respons pantas Malaysia untuk membantu Turkiye dan ia satu peristiwa penting dalam hubungan erat antara kedua-dua negara.

AWANI Ringkas: Wujudkan hospital lapangan di Turkiye
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008594/35293274941675861107760_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz; 1. Pembelian meragukan, kertas putih berkaitan vaksin dibentang di Parlimen 2. Malaysia terus bantu Turkiye, lebih dua juta disalurkan 3. MB Kedah dakwa rundingan agihan kerusi PH-BN akan gagal, sebab UMNO 4. Rasuah makin membarah, sampai urus jenazah pun minta suapan #AWANInews

Penduduk Taman Seri Kemuning Indah resah insiden tanah runtuh
Situasi itu semakin membimbangkan penduduk kerana ia berhampiran rumah mereka selain faktor hujan sejak kebelakangan ini.

Bina segera jambatan baharu depan sekolah - PIBG SK Damak
Jambatan sepanjang kira-kira 20 meter dan lebar 2 meter itu ditutup apabila struktur bawah jambatan itu dipercayai tidak stabil kesan daripada hakisan tanah.

Kain kafan terjulur keluar akibat tanah runtuh
Benteng penahan TPU di kawasan itu runtuh menyebabkan beberapa kubur terbongkar dan hampir menyebabkan beberapa jenazah hanyut.

Jambatan runtuh akibat hakisan tanah di Jalan Pengalat Tenom
Berlaku kejadian jambatan runtuh di KM0.264, Jalan Pengalat Tenom pagi ini menyebabkan jalan itu ditutup kepada semua jenis kenderaan.

Menara tinjau di Batu Feringghi tumbang akibat hakisan pantai
Menara tinjau milik Angkatan Pertahanan Awam tumbang sekitar pukul 3.40 pagi tadi.

Beijing dilanda ribut pasir paling buruk sepanjang dekad
Kesesakan lalu lintas berlaku dan lebih 400 penerbangan dari dua lapangan terbang utama Beijing terpaksa dibatalkan.

Hakisan tanah: MBI diminta teliti rungutan penduduk Taman Silibin Indah
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diminta mengambil tindakan secara teliti mengenai rungutan penduduk Taman Silibin Indah di Ipoh mengenai isu hakisan tanah berhampiran kediaman mereka.

Cemas! 248 penduduk Rumah Panjang Bantan, Betong diancam hakisan tanah
Berlaku runtuhan tanah sepanjang 26 meter dan sedalam 40 meter di hadapan Rumah Panjang Bantan di Betong

Banjir kilat di Pulau Pinang turut akibatkan hakisan tanah
Antara kawasan terjejas ialah Jalan P Ramlee, Jalan Terengganu, Jelutong dan Paya Terubong, termasuk beberapa kawasan di Seberang Perai.

Tanah mendap: Lima lagi penghuni Flat PKNS dipindah - APM
Terdahulu, 15 keluarga melibatkan 62 penduduk dipindah dan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Serbaguna Kg. Bharu Jalan Hamzah susulan kejadian tanah mendap yang dikesan lewat Khamis.