awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun

Bernama
Bernama
26/11/2024
09:05 MYT
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian. - Gambar hiasan
WELLINGTON: Lebih satu perempat kanak-kanak di New Zealand berusia lapan tahun terdedah kepada sekurang-kurangnya satu jenis kandungan dalam talian yang membimbangkan seperti buli, tekanan rakan sebaya atau kandungan dewasa, menurut satu kajian yang diterbitkan pada Selasa.
Kajian itu melibatkan hampir 5,000 kanak-kanak berusia lapan tahun bersama dengan penilaian ibu bapa mereka terhadap emosi, tingkah laku, serta akses mereka kepada peranti digital dan media, lapor Xinhua.
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian dan dikaitkan dengan gejala kemurungan serta harga diri yang rendah, menurut penyelidik dari Universiti Canterbury.
Memandangkan kanak-kanak semakin banyak menghabiskan masa dalam talian, terdapat risiko mereka terdedah kepada kandungan yang mengganggu, termasuk kandungan yang tidak sesuai atau dewasa, buli siber dan interaksi dengan orang asing, kata pensyarah kanan di Institut Kesejahteraan Kanak-Kanak, Universiti Canterbury Megan Gath.
Peranti permainan memberi impak terbesar dalam meningkatkan risiko bahaya dalam talian, diikuti oleh komputer atau laptop, dan televisyen.
Kanak-kanak yang memiliki peranti peribadi berisiko lebih tinggi terhadap bahaya dalam talian jika menggunakan peranti tanpa pengawasan orang dewasa, kata Gath, yang juga penulis kajian berkenaan.
Kajian itu mengesyorkan agar ibu bapa mengehadkan akses kepada peranti peribadi dan menggunakan strategi yang lebih kolaboratif, berbanding kawalan untuk menguruskan penggunaan media digital kanak-kanak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#gajet
#Internet
#risiko siber
#New Zealand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan