Ahli-ahli sains telah mengesahkan bahawa virus Zika yang melanda Amerika Latin, selain boleh menyebabkan kecacatan kepada kelahiran bayi, ia boleh juga menyebabkan gangguan saraf yang merbahaya.

Dalam kajian jurnal perubatan The Lancet yang diterbitkan pada Selasa, pasukan pengkaji mengesyaki virus Zika wujud dalam wabak Sindrom Polynesia Guillain-Barre (GBS) di Perancis pada tahun 2013-2014.

GBS merupakan satu sindrom yang jarang berlaku di mana sistem imun badan menyerang sebahagian daripada sistem saraf yang mengawal kekuatan otot.

Penyelidikan ke atas pesakit yang mengalami GBS termasuk ujian darah, membuktikan bahawa virus Zika adalah puncanya.

"Ini adalah bukti pertama bahawa virus Zika boleh menyebabkan sindrom Guillain-Barre," kata jurnal itu.

Sindrom GBS yang juga boleh disebabkan oleh jangkitan bacteria, denggi dan virus chikungunya serta menimbulkan kelemahan otot di kaki dan lengan.

Dalam lingkungan negara berpendapatan tinggi, lima peratus dari kes-kes GBS membawa maut dan lima peratus lagi mengalami kecacatan kekal.

Manakala, lebih daripada satu perempat daripada pesakit memerlukan rawatan rapi serta 1.5 juta kes jangkitan Zika telah direkod di Brazil dan lebih 10,000 di negara-negara jiran.

Penyelidik memberi amaran bahawa wabak GBS boleh menambah ketegangan kepada kemudahan penjagaan kesihatan, terutamanya di luar Bandar.

"Di kawasan-kawasan yang mungkin dilanda wabak Zika, kita perlu mengukuhkan kapasiti rawatan rapi.

"Kita tahu bahawa sebilangan pesakit Zika mungkin terkena sindron GBS, dan 30 peratus dari mereka memerlukan rawatan rapi terutamanya bantuan pernafasan," kata Arnaud Fontanet, seorang profesor di Institut Pasteur di Paris dan penulis bersama kajian tersebut.

Lebih memburukkan, Zika bukan hanya boleh diketahui dari demam atau selsema, malah ada yang tidak menunjukkan apa-apa gejala sama sekali.

Minggu lalu, Brazil melaporkan 583 kes kelahiran bayi yang mempunyai kecacatan akibat Zika sejak Oktober 2015, empat kali ganda dari purata tahunan.

Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika.

Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.

Setakat ini, dua penyelidik sudak mengenal pasti 42 kes GBS dari 200,000 yang dijangkiti Zika.