Skip to main content

Dunia

Kakitangan universiti lancar mogok di UK tuntut kenaikan gaji

81679314057_TBmogok.jpg
LONDON: Kakitangan universiti pada Isnin melancarkan mogok menuntut pelaksanaan kenaikan gaji yang lebih tinggi di tengah-tengah peningkatan kos sara hidup di United Kingdom.

Mogok serupa juga dijadual berlaku pada Selasa dan Rabu, lapor Sputnik berdasarkan maklumat yang diberikan oleh kesatuan sekerja British.

Secara keseluruhan, kira-kira 70,000 ahli kesatuan daripada 150 universiti di seluruh daerah akan mengambil bahagian dalam demonstrasi itu selain pertikaian berterusan mengenai gaji, kontrak dan pencen, lapor penyiar UK Sky News.

UK telah menyaksikan beberapa siri mogok oleh penjawat awam sejak beberapa bulan lalu.

Orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi yang semakin teruk akibat kenaikan harga barang dan inflasi yang melambung.

Kakitangan perkhidmatan kereta api, pejabat pos, lapangan terbang dan peguam, antara lain telah mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu.

--BERNAMA-SPUTNIK


Advertisement

Must Watch Video