awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kamala Harris enggan henti bekal senjata kepada Israel

Astro Awani
Astro Awani
31/08/2024
02:50 MYT
Kamala Harris enggan henti bekal senjata kepada Israel
Harris ketika mengadakan kempen pilihan raya di Savannah, Georgia. - Foto AP
WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris menegaskan tidak akan berhenti membekalkan senjata kepada Israel, walaupun terdapat gesaan daripada beberapa pihak dalam Parti Demokrat.
Calon Pilihan Raya Presiden AS itu turut menyatakan pendiriannya untuk terus menyokong Israel, namun berusaha untuk memastikan gencatan senjata dalam konflik Gaza dicapai.
Harris menyatakan pendirian itu dalam wawancara pertamanya dengan organisasi berita utama, CNN sejak menjadi calon presiden untuk Demokrat.
Dalam wawancara itu, Harris cuba menunjukkan penguasaannya terhadap isu-isu sedia ada dan memberi rakyat AS gambaran mengenai pendirian dasarnya menjelang pemilihan pada 5 November ini.
Pengasas Uncommitted National Movement, Abbas Alawieh, yang membantah dasar Joe Biden, menyatakan kekecewaan terhadap respons Harris mengenai isu Gaza.
Sejak menjadi calon Demokrat bulan lalu, nama Harris melonjak dalam tinjauan pendapat dan berjaya mengumumkan ratusan juta dolar dalam dana kempen.
Beliau mendahului Donald Trump, calon presiden Republikan dengan 45 peratus berbanding 41 peratus dalam tinjauan Reuters/Ipsos yang diterbitkan pada Khamis.
Hasil tinjauan itu menunjukkan Harris mencetuskan semangat baharu dalam kalangan pengundi.
Topic Berkaitan
#Kamala Harris
#senjata
#Israel
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan