awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kamala Harris sampaikan ucapan dasar luar AS pada Selasa

Astro Awani
Astro Awani
23/08/2021
14:02 MYT
Kamala Harris sampaikan ucapan dasar luar AS pada Selasa
Harris berada di Singapura sempena lawatan rasminya ke dua destinasi di Asia Tenggara. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Singapura dijangka menyampaikan ucapan dasar luar Amerika Syarikat di rantau Indo-Pasifik pada jam 10 pagi, esok.
Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Singapura dengan kerjasama Lee Kuan Yew School of Public Policy akan menyiarkan ucapan itu secara langsung dan disusuli perbincangan antara pegawai kanan perwakilannya.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia, Harris berada di Singapura sempena lawatan rasminya ke dua destinasi di Asia Tenggara.
Lawatan beliau bertujuan mengadakan kerjasasama dalam isu yang mempunyai kepentingan bersama termasuk keamanan serantau, tindak balas global terhadap pandemik COVID-19, perubahan iklim dan mempromosikan peraturan berdasarkan perintah antarabangsa.
Harris dijangka berada di republik itu sehingga Selasa dan akan meneruskan lawatan rasmi ke destinasi kedua di Vietnam.
BACA: Naib Presiden AS, Kamala Harris, tiba di Singapura untuk lawatan rasmi
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Kamala Harris
#Singapura
#ucapan dasar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan