awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kami jaga anda seperti rakyat sendiri' - janji PM Singapura kepada pekerja asing

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
21/04/2020
10:34 MYT
'Kami jaga anda seperti rakyat sendiri' - janji PM Singapura kepada pekerja asing
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berjanji akan menjaga kebajikan dan kesihatan golongan pekerja asing yang bekerja di negara itu sepanjang tempoh sukar ini. - PMO Singaore
“KAMI akan menjaga anda, seperti mana kami menjaga rakyat Singapura..”
Itu janji Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong kepada golongan pekerja asing yang bekerja di negara itu.
Jelas beliau, aspek kesihatan dan kebajikan pekerja asing akan dilindungi oleh republik tersebut dalam tempoh sukar ini.
“Kepada golongan pekerja migran, izinkan saya tekankan sekali lagi. Kami akan menjaga anda, sama seperti kami menjaga rakyat Singapura.
“Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama anda dalam tempoh sukar ini. Kami akan menjaga kesihatan, kebajikan, dan kesejahteraan anda.
“Kami akan bekerjasama dengan majikan anda untuk memastikan bahawa anda dibayar dan dapat menghantar wang pulang ke negara masing-masing dan akan membantu anda berhubung dengan rakan dan keluarga,” jelas beliau.
Terdahulu, beliau mengesahkan tambahan 1,111 jangkitan kes COVID-19 di Republik itu yang menjadikan keseluruhan kes kepada 9,152.
Jelasnya, majoriti kes baru itu merupakan pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing manakala 20 kes melibatkan warganegara Singapura dan Penduduk Tetap.
Untuk itu, beliau mengambil keputusan dengan melanjutkan pemutus rantaian jangkitan (circuit breaker) selama empat minggu lagi sehingga 1 Jun.
BACA: COVID-19: Singapura lanjut langkah pemutus litar sebulan lagi
BACA: COVID-19: 1,111 kes baharu di Singapura, 9,152 keseluruhan
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kesihatan
#koronavirus
#Lee Hsien Loong
#pekerja asing
#pemutus rantaian
#Perdana Menteri
#PM
#rakyat
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan