TEHRAN: Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengeluarkan satu kenyataan bahawa serangan dron mereka atas alasan yang kukuh.

Serangan dilakukan ke atas Israel atas sebab mereka mengabaikan arahan Majlis Keselamatan PBB supaya menghentikan pencerobohan dan jenayah rejim Zionis dalam serangan ke atas konsulat Iran di Damsyik.

[LAPOR LANGSUNG] Iran lancar dron serang Israel

“Selepas lebih 10 hari berdiam diri dan lalai oleh pertubuhan antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB.

“Ini juga merupakan tindakan atas pelanggaran Isarel ke bawah Perkara 7 Piagam PBB,” tambah kenyataan itu.

Justeru ini merupakan tindak balas IRGC kepada jenayah dan dalam menjamin hak Iran dan untuk menghukum penceroboh.

Dilaporkan mereka turut menggunakan teknologi terkini dalam serangan menggunakan dron kali ini.

“Kami gunakan kecerdasan strategik, peluru berpandu, dan keupayaan dron terkini.

“Dan kami berjaya menyasarkan sasaran ketenteraan penting tentera pengganas Zionis di wilayah Palestin diduduki dan memusnahkan mereka,” tambahnya lagi.