TEL AVIV: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tegaskan rejimnya bersedia "untuk sebarang senario" ketika Iran melancarkan berpuluh-puluh dron ke atas Israel.
Menurut Netanyahu, sistem pertahanan mereka sudah dalam keadaan siap siaga, sejak beberapa minggu lalu.
Mesej ini disampaikan Netanyahu menerusi siaran televisyen.
Israel berkata pada Sabtu bahawa pesawat tanpa juruterbang Iiran telah dilancarkan dan sistem pertahanan bersedia untuk menembak jatuh atau membunyikan siren mengarahkan penduduk di mana-mana kawasan yang terancam untuk berlindung.
"Rakyat Israel, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan terutamanya dalam beberapa minggu kebelakangan ini, israel telah bersiap sedia untuk serangan terus oleh Iran," katanya.
Menurut Netanyahu, Israel telah bersiap sedia untuk serangan Iran dan menyatakan prinsipnya dengan jelas, mereka akan terus menyerang mana-mana pihak yang melancarkan serangan ke atas mereka.
"Kami telah menentukan satu prinsip yang jelas: sesiapa yang mencederakan kami, kami akan mencederakan mereka. Kami akan mempertahankan diri kami daripada sebarang ancaman dan akan melakukannya dengan tegas dan tekad.
"Saya menyeru rakyat Israel untuk mengikuti arahan IDF Home Front Command. Bersama-sama kita akan berdiri dan dengan pertolongan Tuhan, bersama-sama kita akan mengatasi semua musuh kita," katanya.
Dalam pada itu, menurut ketua jurucakap tentera Laksamana Muda Daniel Hagari, penerbangan dron itu akan mengambil masa beberapa jam.
Dalam pada itu, pesawat 'Wing of Zion', milik Israel, akan digerakkan dalam operasi kali ini.
Astro Awani
Sat Apr 13 2024
Menurut Netanyahu, Israel telah bersiap sedia untuk serangan Iran dan menyatakan prinsipnya dengan jelas, mereka akan terus menyerang mana-mana pihak yang melancarkan serangan ke atas mereka. - Foto fail/REUTERS
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Tentera Israel serang lebih 250 sasaran ketenteraan di Syria
Sumber keselamatan Israel memberitahu tentera negara itu telah melaksanakan salah satu operasi serangan terbesar dalam sejarah tentera udara mereka di Syria.
Israel ambil langkah elak timbul ancaman selepas kejatuhan Assad - Benjamin Netanyahu
Israel ketika ini sedang mengambil langkah bagi mengelakkan sebarang ancaman yang mungkin timbul akibat kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
Bekas Menteri Pertahanan Israel beri amaran pembersihan etnik di Gaza
Kabinet kanan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dikatakan sedang mencari jalan mengeluarkan rakyat Palestin dari utara Gaza.
Makin kuat desakan dunia, lagi cepat Netanyahu diheret ke ICC - Syed Ibrahim
Jangan putus harapan dan terus yakin bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pasti akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang.
Netanyahu sedia terima gencatan senjata di Gaza, tetapi bukan penamat perang
Gencatan senjata di Gaza buka peluang pembebasan tawanan dan Israel masih berhasrat meneruskan perang dengan Hamas.
Mungkin kena Perang Dunia Ketiga baru Netanyahu dihukum - Penganalisis
Hanya Perang Dunia Ketiga yang mampu membawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang.
Israel rayu kepada ICC berhubung waran tangkap terhadap Netanyahu
Israel "menafikan kuasa" ICC dan Hague "dan kesahihan waran tangkap" terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant.
Israel lancar serangan udara di tengah Lubnan
Israel lancar serangan Udara yang memusnahkan sebuah bangunan berhampiran Jalan Hamra di tengah Beirut pada Selasa.