DUNIA
"Kami tahu apa yang perlu dilakukan" jika AS tidak campur tangan - Presiden Israel

Presiden Herzog menegaskan, Israel bersedia mengambil tindakan sendiri sekiranya Amerika Syarikat memilih untuk tidak campur tangan dalam konflik yang sedang memuncak dengan Iran. - Gambar fail Reuters
JERUSALEM: Presiden Israel, Isaac Herzog menegaskan, negaranya bersedia mengambil tindakan sendiri sekiranya Amerika Syarikat (AS) memilih untuk tidak campur tangan dalam konflik yang sedang memuncak dengan Iran.
Dalam satu temu bual bersama portal Politico, Herzog berkata, diplomasi “sentiasa boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian” terhadap krisis yang sedang berlaku.
Namun, beliau turut memberi isyarat jelas bahawa Israel tidak akan bergantung sepenuhnya kepada Washington dalam menangani ancaman Iran.
Ketika ditanya apakah yang akan berlaku jika AS memutuskan untuk tidak menyertai perang, Herzog menjawab tegas:“Kami tahu apa yang perlu dilakukan. Kami telah membuktikan bahawa kami tahu apa yang perlu dilakukan.”
Kenyataan itu dilihat sebagai mesej keyakinan Israel terhadap kemampuan pertahanannya serta amaran bahawa negara itu tidak akan teragak-agak untuk bertindak secara unilateral sekiranya perlu.
Krisis di Asia Barat semakin meruncing susulan siri serangan balas antara Israel dan Iran dengan tekanan antarabangsa semakin memuncak agar penyelesaian diplomatik dapat dicapai secepat mungkin. - Agensi

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami