RAIPUR: Ibarat Jalan Ampas yang pernah menghimpunkan ramai penggiat seni, sebuah perkampungan di bandar Rajpur India menghimpunkan lebih 1000 pencipta kandungan untuk saluran Youtube.

Memetik laporan South China Morning Post, majoriti penduduk di Kampung Tulsi ini memilih kerjaya tetap sebagai pencipta kandungan.

Menurut salah seorang Youtuber, Chetan Nayak memaklumkan penduduk di kampung itu menghasilkan pelbagai kandungan menarik untuk ditonton.  

“Di saluran YouTube, kami menghasilkan video komedi, program berasaskan lagu dan video perlumbaan.

“Anda akan temui hampir semua jenis artis di sini. Itulah sebabnya kampung ini dipanggil Kampung YouTube,” katanya.

Sebilangan daripada mereka bahkan menggunakan dron untuk mendapatkan rakaman yang lebih baik, manakala ada antara mereka yang membantu dari sudut teknikal.

Sementara itu, bagi segmen komedia, kandungan dihasilkan disiarkan di saluran Being Chhattisgarhiya di YouTube yang memiliki lebih 115,000 pengikut.

Difahamkan, sebilangan daripada mereka menjana pendapatan tiga kali ganda dari pendapatan sebelum ini.

Chetan Nayak memaklumkan pencipta kandungan paling muda adalah remaja berusia 15 tahun manakala wanita berusia 85 tahun merupakan Youtuber paling tua di lokasi.