awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada buka kembali sempadan kepada pelancong luar negara

Bernama
Bernama
08/09/2021
22:13 MYT
Kanada buka kembali sempadan kepada pelancong luar negara
Pengembara yang tiba di Kanada perlu lengkap satu daripada vaksin COVID-19 yang disenaraikan kerajaan iaitu Pfizer-BioNTech, Moderna, Oxford-AstraZeneca atau Johnson and Johnson. (Gambar fail AP)
TRENTON (Kanada): Kanada mengalu-alukan ketibaan pelancong asing melalui laluan udara berikutan sekatan perjalanan akibat COVID-19 dilonggarkan pada Selasa.
Pelancong yang berhasrat mengelak daripada menjalani kuarantin perlu lengkap dua dos vaksin COVID-19 sekurang-kurangnya 14 hari sebelum ketibaan dan negatif ujian saringan COVID-19 dalam tempoh tiga hari, menurut Agensi Anadolu.
Pelancong juga perlu menggunakan aplikasi ArriveCan yang memaparkan maklumat perjalanan di telefon pintar mereka, atau memberi maklumat berkaitan menerusi portal laman web.
Presiden cawangan pelancongan Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada, Denis Vinette berkata peraturan baharu ini memudahkan pegawai memastikan pelancong memenuhi syarat ditetapkan sebelum menaiki pesawat.
Pengembara perlu lengkap satu daripada vaksin COVID-19 yang disenaraikan kerajaan Kanada iaitu Pfizer-BioNTech, Moderna, Oxford-AstraZeneca atau vaksin dos tunggal keluaran Johnson and Johnson.
Kanada merekodkan 73,962 kes dan korban seramai 394 sejak 28 hari lalu, menurut statistik dikeluarkan Universiti Johns Hopkins.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aplikasi ArriveCan
#buka kembali sempadan
#longgar sekatan perjalanan
#pelancongan Kanada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan