STRASBOURG: Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, mengalu-alukan cadangan Kesatuan Eropah (EU) untuk menjadikan Kanada sebagai “anggota bersekutu” pertama blok itu bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan, tenaga dan mineral kritikal.
Carney berkata Kanada dan Eropah perlu bekerjasama lebih rapat dalam menghadapi cabaran global termasuk ketegangan geopolitik dan tekanan perdagangan.
Cadangan itu dikemukakan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, namun status anggota bersekutu berkenaan masih belum wujud dalam struktur EU dan memerlukan persetujuan semua 27 negara anggota.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyifatkan idea itu sebagai “melucukan” dan memberi amaran mengenai kemungkinan tarif baharu terhadap Eropah jika ia menjejaskan kepentingan Washington.
Bagaimanapun, Carney menegaskan kerjasama Kanada-EU adalah langkah positif dan bukan usaha membentuk blok kuasa baharu.
Beliau turut mencadangkan kerjasama lebih mendalam dalam teknologi, tenaga bersih, mineral kritikal serta program pertukaran belia, dengan perincian lanjut dijangka dibincangkan pada sidang kemuncak Kanada-EU di Montreal pada Oktober ini.