Pelajar termuda berusia 12 tahun yang berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Autonomi Kebangsaan Mexico (UNAM) tidak menganggap dirinya 'pintar'.

Carlos Santamaria Diaz akan memulakan pengajian Ijazah Sarjana Muda jurusan Fizik Bioperubatan pada Isnin.

"Saya tidak suka untuk menggunakan perkataan itu (pintar)," katanya di hadapan para wartawan pada sidang akhbar pada Jumaat.

Carlos lulus peperiksaan memasuki universiti itu dan telah melakukan kajian persediaan di pusat sains genetik universiti di sekolah kimia.

Kanak-kanak dari timur Guadalajara, Mexico 'bosan' pada awal proses tumbesaran memilih untuk meneroka internet untuk mempelajari kalkulus dan fizik.

Pada usia sembilan tahun, dia pernah mengikuti program universiti dalam bidang analitik kimia, biokimia dan biologi.

UNAM menjelaskan Carlos akan dilayan seperti pelajar yang lain dan tiada keistimewaan diberikan.