awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kuala Kubu Baharu: SPRM teliti tindakan Kor Ming umum peruntukan dana

Bernama
Bernama
07/05/2024
10:00 MYT
PRK Kuala Kubu Baharu: SPRM teliti tindakan Kor Ming umum peruntukan dana
Azam berkata pihaknya, akan meneliti sama ada perkara yang berlaku itu berunsur rasuah atau sebaliknya. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, yang mengumumkan peruntukan dana infrastruktur ke Kuala Kubu Bharu (KKB), baru-baru ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya, akan meneliti sama ada perkara yang berlaku itu berunsur rasuah atau sebaliknya.
"Perkara (kejadian) itu diambil kira oleh pusat aduan (SPRM) dan setakat ini tiada kertas siasatan yang dibuka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.
Pada 18 April, Nga mengumumkan peruntukan RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), bagi menambah baik infrastruktur awam di daerah itu, namun tindakan itu dikritik beberapa pihak yang mendakwa dana itu diluluskan demi kepentingan politik menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) KKB.
Dalam perkembangan berasingan, Azam berkata pihaknya tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung isu pengisytiharan harta.
"Itu tidak lagi. Kita tidak berhasrat untuk tahan beliau (Mahathir)...siasatan masih dijalankan," katanya.
Azam sebelum ini mendedahkan bahawa Tun Mahathir Mohamad antara individu berprofil tinggi yang disiasat SPRM, berhubung pengisytiharan harta yang mendorong kedua-dua anak beliau, Datuk Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mohkzani Mahathir diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Kuala Kubu Baharu di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kuala Kubu Baharu
#Nga Kor Ming
#umum peruntukan
#Azam Baki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan