awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak cedera selepas ditanduk kerbau

Astro Awani
Astro Awani
29/04/2021
04:06 MYT
Kanak-kanak cedera selepas ditanduk kerbau
Kanak-kanak berkenaan ditanduk kerbau itu beberapa kali sebelum tercampak ke bawah sebuah kereta. - Foto Newsflare via AP
SEORANG kanak-kanak berusia sembilan tahun sempat berlindung di bawah sebuah kereta selepas diserang seekor kerbau.
Kejadian berlaku di kawasan perumahan di daerah Fujian, China pada 25 April lalu.
Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kanak-kanak berkenaan ditanduk kerbau itu beberapa kali sebelum tercampak ke bawah sebuah kereta.
Kanak-kanak itu turut didengar meminta maaf kepada kerbau berkenaan.
"Minta maaf sang kerbau, tolong jangan cederakan saya," rayu kanak-kanak itu.
Haiwan berkenaan dilihat terus berundur dan beredar daripada kawasan itu.
Menurut laporan agensi berita AP, kanak-kanak berkenaan hanya mengalami cedera ringan susulan kejadian itu.
Kanak-kanak cedera selepas ditanduk kerbau
Menurut polis di bandar Longyan, empat lagi penduduk di kawasan berkenaan dilaporkan diserang kerbau itu dan dimasukkan ke dalam hospital akibat kecederaan yang dialaminya.
Tiga daripada mereka telah dibenarkan pulang ke rumah.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#cedera
#serang
#kerbau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan