awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak empat tahun digam di mangkuk tandas

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
05/01/2016
11:01 MYT
Kanak-kanak empat tahun digam di mangkuk tandas
Kaya (kiri) bersama-sama dengan ibunya ke restoran McDonald's untuk makan malam sempena tahun baru ketika kejadian malang itu berlaku. - Foto YouTube
AKIBAT ‘gurauan’ dua remaja yang tidak dikenali, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun mendapati dirinya terlekat di mangkuk tandas yang telah disapu gam tahan lasak.
Menurut BBC, kejadian tersebut berlaku di restoran McDonald’s di Exeter, United Kingdom yang dikunjungi Kaya dan ibunya, Nicole Langmead pada malam tahun baru 2016.
“Ibu membenarkan saya ke tandas seperti orang dewasa. Di situ ada dua orang perempuan keluar dan ada gam tahan lasak dan saya sakit,” ujar Kaya kepada pemberita.
Menurut ibunya, mereka sebenarnya sudah mahu pulang kerana tandas masih penuh. Kemudian dua gadis itu keluar dari tandas sambil ketawa namun dia tidak mengesyaki apa-apa ketika itu.
Apabila Kaya kembali dari tandas, air matanya mengalir.
“Dia kata ada sesuatu yang menyakiti punggungnya tapi saya tak fikir pula itu gam. Apabila saya ke tandas untuk memeriksa, gam disapu di merata-rata.”
Langmead turut mendapati kawasan paha dan punggung anaknya melecet dan kemerah-merahan.
Polis Cornwall mengesahkan mereka kini sedang memburu dua suspek yang berusia 16 hingga 18 tahun, seorang berambut panjang perang muda dan seorang lagi berambut perang paras bahu.
Sekali imbas, perbuatan menyapu gam tahan lasak pada mangkuk tandas seolah-olah gurauan yang 'melucukan' namun tindakan tersebut mampu membawa kecederaan yang serius.
Pada tahun 2013 misalnya, seorang wanita Georgia terpaksa dipisahkan dari mangkuk tandas dengan bantuan petugas kecemasan akibat ‘gurauan’ yang sama.
Selepas dua minggu, beliau masih sukar untuk duduk akibat kecederaan tersebut.
Topic Berkaitan
#kaya
#Kini Trending
#Nicole Langmead
#tandas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan