awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal berlanggar, Singapura cuba kawal tumpahan 4,500 tan minyak mentah

Bernama
Bernama
02/01/2015
16:11 MYT
Kapal berlanggar, Singapura cuba kawal tumpahan 4,500 tan minyak mentah
Gambar hiasan
Dua syarikat pengendali tumpahan minyak telah digerakkan untuk mengawal tumpahan minyak selepas kapal tangki "Alyarmouk" yang didaftarkan di Libya dan kapal pengangkut pukal "Sinar Kapuas" yang didaftarkan di Singapura, pada Jumaat.
Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata, syarikat itu menghantar empat kapal yang dilengkapi dengan pemecah, perangkap dan pengumpul tumpahan minyak ke kawasan terlibat.
Alyarmouk sedang dalam pelayaran dari Tanjung Pelepas, Malaysia ke China, sementara Sinar Kapuas dalam perjalanan dari Hong Kong ke Singapura, apabila kemalangan berlaku di perairan Singapura, kira-kira 11 batu nautika ke timur laut pulau Pedra Branca.
Pengurus kapal Alyarmouk – V. Ships UK Ltd – menganggarkan bahawa 4,500 tan, minyak mentah Madura tertumpah dari kapal tangki itu.
Berdasarkan keadaan cuaca dan arus pasang surut, tompokan minyak mungkin mengalir hingga ke bahagian utara Pulau Bintan, Indonesia.
MPA juga bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Indonesia selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengawal bersama tumpahan minyak di Selat Melaka dan Singapura, serta menawarkan bantuan dalam operasi membendung tumpahan minyak.
Topic Berkaitan
#Alyarmouk
#Sinar Kapuas
#Singapura
#tumpahan minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan