awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX catat untung hampir AS$8 bilion, bakal lancar IPO terbesar tahun ini
Ziarah Seni MADANI Finas, santuni Shamsul Ghau Ghau
Ribuan penganut Hindu sertai perarakan Thaipusam, suasana meriah di pusat bandar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal flotila menuju Gaza berada 545 kilometer dari sempadan - Penganjur

Bernama
Bernama
06/10/2025
01:30 MYT
Kapal flotila menuju Gaza berada 545 kilometer dari sempadan - Penganjur
Para aktivis dalam konvoi bantuan itu merayu kepada masyarakat antarabangsa agar memberikan perlindungan ketika mereka semakin hampir ke destinasi. - Foto Global Sumud Flotilla
ISTANBUL: Jawatankuasa Antarabangsa untuk Menamatkan Kepungan Gaza pada Ahad mengumumkan bahawa flotila yang menuju ke wilayah berkenaan, terdiri daripada 11 kapal membawa aktivis antarabangsa, kini berada kira-kira 545 kilometer (339 batu) dari perairan Gaza.
Menurut laporan Anadolu Ajansi, misi itu bertujuan untuk menamatkan sekatan haram Israel, menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin dan menubuhkan koridor maritim yang selamat bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan terus ke Gaza.
Terdahulu, para aktivis dalam konvoi bantuan itu merayu kepada masyarakat antarabangsa agar memberikan perlindungan ketika mereka semakin hampir ke destinasi.
Pada Sabtu, jawatankuasa memaklumkan bahawa dua lagi kapal menyertai gelombang terbaharu misi Freedom Flotilla Coalition bagi mencabar sekatan Israel ke atas Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kapal yang berlayar meningkat kepada 11, selepas Israel menyerang 'Global Sumud Flotilla' di perairan antarabangsa minggu lalu.
Tentera laut Israel menyerang dan menahan beberapa kapal flotila berkenaan lewat Rabu lalu, serta menahan lebih 470 aktivis dari lebih 50 negara.
Freedom Flotilla Coalition ialah gerakan solidariti antarabangsa peringkat akar umbi yang menganjurkan misi bantuan awam melalui laut dan sejak 2010 telah beberapa kali cuba memecahkan sekatan Israel sambil menonjolkan krisis kemanusiaan di wilayah Gaza.
Israel mengekalkan sekatan terhadap Gaza yang menempatkan hampir 2.4 juta penduduk sejak hampir 18 tahun lalu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#kapal flotila
#jawatankuasa antarabangsa
#Menamatkan Kepungan Gaza
#sekatan haram Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan