Skip to main content
Advertisement

Dunia

Kapal kargo Greece terbakar berhampiran Mykonos, semua kru selamat dipindahkan

Firefighting vessel extinguishes which broke out at the Blue Carrier 2 vessel, off Mykonos, Greece, September 25, 2026. Hellenic Coast Guard/Handout via REUTERS
Sebuah kapal pemadam kebakaran menjalankan operasi memadamkan kebakaran yang tercetus di atas kapal kargo Blue Carrier 2 di perairan berhampiran Mykonos, Greece. - Foto REUTERS
Advertisement

ATHENS: Sebuah kapal kargo, Blue Carrier 2, terbakar ketika belayar di perairan utara pulau Mykonos, Greece, pada Jumaat, mengakibatkan operasi pemadaman besar-besaran dilancarkan oleh pihak berkuasa maritim negara itu.

Menurut Pengawal Pantai Greece, kebakaran tercetus di atas dek kapal yang digunakan untuk mengangkut trak, namun punca kejadian masih dalam siasatan.

Pihak berkuasa berkata operasi pemadaman yang meluas diperlukan untuk mengawal kebakaran dan mengelakkan api merebak ke bahagian lain kapal.

Kesemua 28 anak kapal serta seorang penumpang yang berada di atas Blue Carrier 2 berjaya dipindahkan dengan selamat menggunakan bot penyelamat.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan.

Rakaman yang dikongsi di media sosial menunjukkan asap tebal menjulang dari kapal itu ketika pasukan penyelamat dan pemadam kebakaran menjalankan operasi di lokasi kejadian.

Pengawal Pantai Greece berkata siasatan telah dimulakan bagi mengenal pasti punca kebakaran, sementara pemantauan diteruskan bagi memastikan keselamatan pelayaran di kawasan berkenaan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement