awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal mewah karam: Pendakwa Raya Itali buka kertas siasatan pembunuhan beramai-ramai

Agensi
Agensi
25/08/2024
00:00 MYT
Kapal mewah karam: Pendakwa Raya Itali buka kertas siasatan pembunuhan beramai-ramai
Pendakwa raya Itali telah membuka penyiasatan pembunuhan beramai-ramai ke atas kematian taikun teknologi Britain, Mike Lynch dan enam yang lain dalam tragedi sebuah kapal layar mewah karam di perairan Sicily. - Gambar Reuters
ROME: Seorang pendakwa raya Itali telah membuka penyiasatan pembunuhan beramai-ramai ke atas kematian taikun teknologi Britain, Mike Lynch dan enam yang lain dalam tragedi sebuah kapal layar mewah karam di perairan Sicily, awal minggu ini.
Menurut Ketua Pejabat Pendakwa Raya Termini Imerese, Ambrogio Cartosio, walaupun kapal layar itu dilanda kejadian meteorologi, namun adalah 'masuk akal' berlaku jenayah pembunuhan dan menyebabkan kapal karam kerana kecuaian telah dilakukan.
Bagaimanapun, katanya, setakat ini siasatan tidak ditujukan kepada mana-mana individu.
Anak perempuan Lynch yang berusia 18 tahun, Hannah, juga antara mereka yang maut apabila bot Bayesian sepanjang 56 meter milik keluarga itu terbalik semasa ribut sebelum subuh pada Isnin lalu di luar Porticello berdekatan Palermo .
Sementara, 15 orang penumpang lain terselamat termasuk isteri Lynch, yang syarikatnya memiliki Bayesian dan kapten kapal layar itu.
Tambah Cartosio, bencana itu akan menjadi lebih menyakitkan jika penyiasatan menunjukkan ia disebabkan oleh tingkah laku yang tidak sejajar dengan tanggungjawab yang perlu diambil oleh semua orang dalam perkapalan.
Kapten James Cutfield dan mangsa lain yang terselamat telah disoal siasat minggu ini oleh pihak berkuasa.
Tiada seorang pun daripada mereka mengulas secara terbuka bagaimana kapal itu karam.
Dalam perkembangan sama, seorang lagi pendakwa raya, Raffaele Cammarano berkata, apabila pihak berkuasa menyoal Cutfield beliau telah memberikan kerjasama yang baik.
Kapal Bayesian yang tenggelam telah mencetus persoalan pakar marin tentera laut yang menyatakan seharusnya kapal mewah itu dapat menahan ribut dan dalam apa sahaja keadaan, ia tidak sepatutnya tenggelam dengan pantas.
Menarik Bayesian keluar dari laut akan membantu penyiasat menentukan apa yang berlaku, tetapi operasi itu mungkin menjadi rumit dan mahal.
Bangkai kapal itu nampaknya masih utuh di sisinya pada kedalaman 50 meter.
Ketua Pegawai Eksekutif The Italian Sea Group yang memiliki syarikat pembuat kapal mewah itu, Giovanni Costantino berkata, kapal itu karam kerana rentetan 'kesilapan tidak dapat dijelaskan' yang dibuat oleh anak kapal dan menolak sebarang kegagalan reka bentuk atau pembinaan.
Cammarano berkata, kejadian meteorologi yang melanda kapal itu berkemungkinan besar akibat "ledakan turun" angin ke bawah yang sangat kuat dan bukannya melibatkan angin berputar seperti puting beliung.
Beliau berkata, semua penumpang mungkin sedang tidur ketika ribut menyebabkan mereka gagal melarikan diri. - Agensi
Topic Berkaitan
#kapal mewah karam
#perairan Sicily
#jutawan British
#Mike Lynch
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan