SINGAPURA: Kapal tangki Singapura SUCCESS 9 yang dinaiki individu tidak dikenali pada 10 April lalu telah ditemukan dan semua 20 anak kapal dalam keadaan selamat, kata Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) hari ini.
Dalam satu kenyataan, MPA berkata SUCCESS 9 dikesan berada di luar pantai Abidjan, Ivory Coast pada kira-kira 5 petang waktu Singapura pada 15 April.
"Sebuah kapal komersil MONJASA SPRINTER yang kebetulan berada di kawasan itu telah menerima panggilan kecemasan daripada SUCCESS 9.
"Penguasa MONJASA SPRINTER kemudian melaporkan lokasi SUCCESS 9 kepada Pegawai Keselamatan Syarikat (CSO).
"OMS telah memaklumkan perkara itu kepada MPA, yang kemudian segera memberitahu Pusat Maklumat Bersepadu (IFC) dan Pusat Penyelarasan Menyelamat Maritim Wilayah Monrovia (MRCC).
"Sebuah kapal peronda Tentera Laut Ivory Coast telah dikerahkan untuk mengesan SUCCESS 9.
"Semua anak kapal termasuk dari Singapura dalam keadaan sihat dan selamat. Kapal itu telah selamat tiba di pelabuhan Abidjan," kata MPA.
Menurut MPA, pihaknya berkoordinasi dengan pemilik kapal dan agensi multinasional melalui IFC di Pusat Kawalan Changi dan MRCC Wilayah Monrovia untuk mengesan kapal itu sejak 10 April.
Agensi multinasional itu termasuk Maritime Domain Awareness for Trade - Gulf of Guinea bersama pasukan keselamatan serantau, tentera laut Perancis, pengawal pantai dan pentadbiran maritim dari Ivory Coast, Ghana, Guinea, Liberia, Sierra Leone dan Nigeria.
Semua kapal komersil yang berhampiran dan melalui kawasan itu turut diminta membantu dalam usaha mengesan SUCCESS 9, menurut MPA.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 16 2023
MPA berkata SUCCESS 9 dikesan berada di luar pantai Abidjan, Ivory Coast pada kira-kira 5 petang waktu Singapura pada 15 April. -Gambar marinetraffic.com
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Kapal tangki Singapura SUCCESS 9 ditemukan, semua anak kapal selamat - MPA
Kapal tangki Singapura SUCCESS 9 yang dinaiki individu tidak dikenali pada 10 April lalu telah ditemukan dan semua 20 anak kapal dalam keadaan selamat.
Kapal tangki minyak Singapura SUCCESS 9 masih gagal dihubungi - MPA
Terdapat 20 kru dari pelbagai kerakyatan berada di atas kapal itu termasuk seorang warga Singapura.
Kapal pendaftaran Singapura SUCCESS 9 dinaiki beberapa individu tidak dikenali - MPA
Terdapat 20 krew dari pelbagai kerakyatan berada di atas kapal itu termasuk seorang warga Singapura.