INTERNATIONAL
Kardinal berkumpul di Vatican pilih Pope baharu

Hanya kardinal bawah 80 tahun boleh mengundi, dengan majoriti dua pertiga diperlukan bagi pelantikan. - Foto Reuters
ROM: Proses pemilihan Pope baharu bermula di Vatican pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Seramai 133 kardinal berkumpul di Gereja Kecil Sistine, Vatican, untuk memilih pengganti Pope Francis, dua minggu selepas pemergiannya pada 21 April.
- Hanya kardinal bawah 80 tahun boleh mengundi, dengan majoriti dua pertiga diperlukan bagi pelantikan. Asap putih akan menandakan pemilihan Pope baharu.
- Pietro Parolin, bekas pemimpin nombor dua Gereja Katolik, dijangka sebagai pilihan utama bagi jawatan Pope ke-267.
Majoriti dua pertiga diperlukan untuk melantik Pope ke-267 Gereja Roman Katolik, yang kini mempunyai lebih 1.4 bilion penganut di seluruh dunia.
Sidang sulit itu akan berlangsung dalam pengasingan ketat daripada dunia luar.
Para kardinal dikehendaki menyerahkan telefon bimbit, telefon pintar dan semua peranti digital yang lain dan hanya kardinal berumur bawah 80 tahun layak mengundi.
Ketika ini, media menjangkakan Pietro Parolin, yang juga sebelum ini pemimpin nombor dua Gereja Katolik sebagai calon utama.
Dalam tradisi sebelum ini, asap akan kelihatan dari cerobong Gereja Kecil Sistine pada petang Rabu selepas pusingan pertama pengundian.
Asap hitam menandakan tiada keputusan, manakala asap putih menandakan seorang Pope baharu telah dipilih.
Sejak 1960-an, sidang sulit biasanya berlangsung antara dua hingga tiga hari.
Paus Francis meninggal dunia pada 21 April lalu pada usia 88 tahun.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami