awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kasut tumit tinggi termahal di dunia, RM70 juta

Sinar Harian
Sinar Harian
28/09/2018
04:15 MYT
Kasut tumit tinggi termahal di dunia, RM70 juta
Kasut paling mahal di dunia pada harga AS$17 juta dipamerkan di hotel Burj Al Arab, Dubai, 26 Sept, 2018. REUTERS
Kasut tumit tinggi dihiasi emas, sutera dan ratusan berlian berharga AS$17 juta (RM70 juta), dipamerkan di Hotel Burj Al Arab, sebagai termahal di dunia kini dibuka untuk jualan.
Menurut laporan agensi media asing, setiap kasut menonjolkan 236 berlian 15 karat berbentuk bulat berhampiran bahagian hujung jari serta sekeliling kasut.
Jada Dubai, syarikat rekaan yang tidak ramai pengikut di media sosial, pada Khamis mendedahkan sepasang kasut tumit tinggi kulit bersalut emas dihiasi berlian.
Ketua eksekutif Passion Jewellers, Hemant Karamchandani, yang membekalkan barang kemas berkata, Dubai adalah bandar raya dihuni jutawan dan hartawan.
“Kami melihat ia sebagai pasaran berpotensi selain seluruh rantau Teluk,” katanya mengambil masa sembilan bulan untuk membuatnya.
Satu-satunya kasut seumpama itu boleh dibuat mengikut saiz pelanggan selepas mereka membayar harga penuh.
Dubai, hab bagi fesyen Teluk dan hos Minggu Fesyen Arab, menyaksikan pertambahan bilangan pelancong sejak beberapa tahun lalu, dengan lebih 16 juta pelawat mengunjungi negara itu tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Dubai
#harga
#kasut
#mahal
#Minggu Fesyen Arab
#Passion Jewellers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan