BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, tentera rejim Zionis itu "secara tidak sengaja menyerang orang yang tidak bersalah di Semenanjung Gaza."
“Malangnya, pada hari terakhir, berlaku insiden tragis di mana tentera kita secara tidak sengaja menyerang orang yang tidak bersalah di Semenanjung Gaza.
“Ia berlaku dalam peperangan dan kami sedang menyiasatnya dengan teliti. Kami berhubung dengan kerajaan yang rakyat mereka terlibat dan akan melakukan segala-galanya untuk mengelakkan kejadian seperti itu pada masa hadapan,” kata Netanyahu dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Kenyataan Netanyahu dikeluarkan selepas sekurang-kurangnya tujuh pekerja bantuan World Central Kitchen (WCK) terbunuh di Gaza.
Angkatan Pertahanan Israel pada hari Selasa berkata mereka sedang menyiasat serangan itu "di peringkat tertinggi."
Dalam kenyataan yang sama, Netanyahu berkata, dia sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan hernia pada hujung minggu lalu.
Pada Selasa, serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya tujuh pekerja bantuan antarabangsa dan seorang pemandu Palestin.
WCK iaitu kumpulan bantuan yang berpangkalan di Amerika Syarikat mengesahkan anggota kakitangannya terbunuh dalam serangan tersebut.
Mangsa yang maut adalah dari Palestin, Australia, Poland, United Kingdom, Serta Warga Amerika-Kanada.
WCK berkata, serangan itu berlaku ketika kakitangannya menghantar makanan ke Gaza, di mana ratusan ribu rakyat Palestin diambang kebuluran akibat serangan Israel.
Susulan serangan berkenaan, WCK memaklumkan pihaknya segera menggantung operasi di rantau itu. - Agensi
Agensi
Tue Apr 02 2024
Benjamin Netanyahu berkata, tentera rejim Zionis itu "secara tidak sengaja menyerang orang yang tidak bersalah di Semenanjung Gaza."
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Perancis isytihar darurat, tentera dikerah
Perancis isytiharkan darurat di New Caledonia susulan rusuhan maut yang berlaku sejak dua hari lalu dengan mengerahkan tentera bagi mengawal pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.
Serangan udara Israel bunuh 14 orang awam Palestin menjelang Aidilfitri
Kebanyakan mereka yang maut terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, sementara 30 yang lain cedera parah.
Keadaan di Gaza semakin tidak boleh diterima, kata PM Britain kepada Netanyahu
UK tuntut Israel segera lakukan siasatan bebas dan menyeluruh susulan kematian tujuh pekerja bantuan di Gaza.
Kata Netanyahu, Israel "secara tidak sengaja serang orang yang tidak bersalah"
Reaksi Netanyahu selepas tentera Israel membunuh tujuh pekerja bantuan antarabangsa dalam serangan udara.
Ramai dikhuatiri terbunuh dalam serangan terbaharu Israel di sekolah kem pelarian Jabalia
Sekolah itu telah digunakan sebagai tempat perlindungan bagi beratus-ratus keluarga yang dipindahkan akibat keganasan Israel di Gaza.
Angka kematian di Gaza kini meningkat kepada 11,500
Angka kematian akibat serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober meningkat kepada 11,500, termasuk 4,710 kanak-kanak dan 3,160 wanita.
Wartawan Palestin, keluarga terbunuh dalam serangan udara Israel
Wartawan Agensi Berita WAFA Mohammad Abu Hasira dilaporkan terbunuh selepas kediamannya di Bandar Gaza dibom tentera penceroboh Israel.
Negara Arab kecam serangan Israel ke atas kem pelarian Jabalia di Gaza
Arab Saudi menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap kem Jabalia.
10 orang terbunuh dalam serangan udara Israel malam tadi
Kanak-kanak merupakan antara mangsa yang terbunuh dan cedera dalam serangan itu.
400 rakyat Palestin jadi korban Israel dalam 24 jam
Serangan udara Israel ke atas Gaza telah membunuh lebih 400 rakyat Palestin dan 1,500 yang lain cedera dalam tempoh 24 jam lepas.
Jumlah kematian di Gaza meningkat kepada 1,537 orang
Jumlah berkenaan adalah termasuk 500 kanak-kanak dan 276 wanita yang terbunuh sejak Israel melancarkan serangan udara balas dendam pada hari Sabtu.