BANGKOK: Thailand akan mengenakan kawalan yang lebih ketat ke atas senjata api, termasuk mewajibkan pemiliknya menjalani penilaian psikologi, susulan insiden pembunuhan beramai-ramai di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Uthai Sawan, minggu lepas, dengan 36 terbunuh termasuk 24 kanak-kanak prasekolah.
Ini adalah antara langkah yang disenaraikan oleh Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai senjata api dan dadah pada Rabu, dalam usaha untuk mengetatkan kawalan pemilikan senjata api di negara itu.
Prayuth berkata pemegang lesen senjata api baharu atau sedia ada juga perlu mendapatkan rujukan perwatakan dan tingkah laku daripada majikan, pihak berkuasa serta pemimpin masyarakat.
"Kerajaan akan membatalkan lesen pemegang senjata api yang mengalami masalah kesihatan mental, yang boleh menimbulkan ancaman kepada masyarakat," katanya
Selain itu, Prayuth mahu pihak berkuasa membanteras perdagangan senjata api haram yang diperoleh secara dalam talian.
BACA: Saksi utama kongsi detik ngeri insiden tembakan taska
BACA: Lebih 30 maut dalam tembakan rambang di taska di Thailand
Sementara itu, Prayuth berkata pihak berkuasa akan meningkatkan ujian dadah dan memberi rawatan kepada penagih dadah.
Beliau meminta Kementerian Kesihatan Awam dan kerajaan tempatan mewujudkan lebih banyak pusat saringan bagi mereka yang mempunyai masalah berkaitan dadah di daerah dan mukim bagi menyediakan rawatan dan pemulihan yang diperlukan.
Beliau memberi amaran kepada penjawat awam yang terlibat dalam kesalahan dadah bahawa mereka akan menghadapi hukuman berat.
Kerajaan memperkenal langkah yang lebih tegas itu selepas seorang anggota polis yang dipecat, membunuh 36 orang - termasuk 24 kanak-kanak sebelum membunuh dirinya sendiri di Uthai Sawan di wilayah Nong Bua Lamphu, kira-kira 500 km timur laut Bangkok.
Bekas anggota polis berusia 34 tahun itu dipecat daripada pasukan itu kerana penyalahgunaan dadah awal tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022
Prayuth juga mahu pihak berkuasa membanteras perdagangan senjata api haram yang diperoleh secara dalam talian. - Gambar/ Reuters
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.
Dr Abass Alavi dinobatkan sebagai penerima pertama Anugerah Puteri Chulabhorn
Dr Alavi, saintis dan pakar perubatan di Amerika Syarikat, merupakan seorang pakar dalam bidang pengimejan molekul.
Imam tarawih dari Thailand jadi rebutan, dibayar lima angka
Sobri dimaklumkan ada pelajar-pelajar tahfiz dan pondok di sini menerima bayaran lumayan sehingga mencecah lima angka.
Kejohanan Boling Padang Asia 2024: Malaysia takluk Asia buat kali ke-13!
Malaysia bangkit untuk merangkul dua lagi emas pada hari terakhir saingan Kejohanan Asia kali ini yang diadakan di Pattaya, Thailand.