Skip to main content

Dunia

Kebakaran berhampiran Lapangan Terbang Charles de Gaulle, dua landasan ditutup

Dua landasan Lapangan Terbang Charles de Gaulle ditutup akibat kebakaran gudang berhampiran, Paris, 11 Ogos 2026. (Foto AP)
Dua landasan Lapangan Terbang Charles de Gaulle ditutup akibat kebakaran gudang berhampiran, Paris, 11 Ogos 2026. (Foto AP)
Advertisement

LONDON: Dua landasan di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris ditutup selepas kebakaran berlaku di sebuah gudang pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.

Kebakaran berlaku di sebuah syarikat logistik di Louvres, kira-kira 10 kilometer dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle. 

Punca kebakaran masih belum diketahui, menurut penyiar BFMTV.

Advertisement

Menurut laporan, trafik udara bagaimanapun tidak terjejas secara ketara susulan penutupan landasan berkenaan.

Sementara itu, kira-kira 110 anggota bomba dan 38 jentera bomba dikerahkan ke lokasi, manakala pihak berkuasa menutup beberapa jalan berhampiran.

Advertisement

Beberapa stesen kereta api turut ditutup, manakala beberapa laluan bas dilencongkan susulan kejadian itu.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement