Pihak berkuasa California terus bertungkus lumus mencari jalan untuk memadamkan kebakaran yang kini merebak sehingga ke selatan daerah itu dan diibaratkan sesetengah penduduk sebagai 'neraka dunia'.

Jabatan Bomba California sehingga kini terpaksa menggunakan pesawat untuk melepaskan air jauh ke dalam kawasan hutan bagi meredakan api.

Namun sehingga kini usaha itu belum lagi mampu menyekat api daripada merebak disebabkan faktor tiupan angin yang kencang sehingga 60 batu sejam.

Kebakaran setakat ini telah memusnahkan ratusan kediaman dan memaksa lebih 200 ribu penghuninya berpindah.

Api telah merebak dan membakar hampir 150 ribu ekar kawasan hutan dan kediaman.