Skip to main content

Dunia

Kebakaran gudang di Los Angeles cetus amaran asap beracun

Crews work a warehouse fire in the Boyle Heights section of Los Angeles on Wednesday, June 17, 2026.
Insiden terbaharu itu memaksa pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan berlindung di dalam rumah (shelter-in-place) kepada penduduk sekitar berikutan ancaman asap tebal yang bercampur gas ammonia. -Foto AP
Advertisement

LOS ANGELES: Ruang udara sebahagian bandar raya Los Angeles bertukar kelam susulan kebakaran besar yang memusnahkan sebuah gudang penyimpanan sejuk di Boyle Heights, di sini.

Insiden terbaharu itu memaksa pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan berlindung di dalam rumah (shelter-in-place) kepada penduduk sekitar berikutan ancaman asap tebal yang bercampur gas ammonia.

Menurut laporan agensi berita The Associated Press dan The Guardian, api marak dengan pantas merentasi panel solar di bumbung gudang seluas 500,000 kaki persegi milik syarikat Lineage Logistics.

Kebakaran itu kemudiannya menjejaskan paip tekanan tinggi gas ammonia yang digunakan bagi sistem penyejukan industri di premis berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba Los Angeles (LAFD) mengesahkan pasukan bomba telah digerakkan untuk memadam api dari udara menggunakan helikopter pemadam api ekoran ancaman pelepasan gas berbahaya tersebut.

Penduduk di kawasan hilir angin diarah menutup rapat semua pintu, tingkap, serta mematikan sistem pendingin hawa bagi mengelak terhidu sisa toksik.

Pihak LAFD mengesahkan operasi pemadaman dari udara berjaya mengawal kebakaran bumbung sepenuhnya menjelang lewat petang dan tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan setakat ini.

 

Must Watch Video

Advertisement