awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan: Angka perpindahan penduduk meningkat kepada 9,000

Agensi
Agensi
19/08/2019
23:37 MYT
Kebakaran hutan: Angka perpindahan penduduk meningkat kepada 9,000
Kebakaran dilapor sudah merebak ke kawasan Pergunungan Cruzde Tejeda dan Tamadaba Natural Park. -AP
Jumlah penduduk yang dipindahkan akibat kebakaran besar di pulau peranginan Gran Canaria meningkat kepada 9,000 orang, pada Isnin.
Presiden kepulauan Canary, Angel Victor berkata 1,100 anggota bomba telah dikerahkan bersama 16 pesawat untuk menyimbah air bagi memadamkan kebakaran yang berlaku sejak Sabtu lalu.
Dilaporkan kebakaran sudah merebak ke kawasan Pergunungan Cruzde Tejeda dan Tamadaba Natural Park.
Menurut laporan media tempatan, kira-kira 6,000 hektar kawasan terbakar dalam tempoh 48 jam.
Beberapa pelancong juga terpaksa meninggalkan hotel di luar bandar dan dipindahkan ke penginapan lain sebagai langkah berjaga-jaga.
Sementara itu, sebanyak 12 jalan telah ditutup, namun operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Las Palmas masih berjalan seperti biasa.
Gran Canaria adalah kawasan kedua paling padat penduduk di kepulauan Canary di bahagian Atlantik.
Topic Berkaitan
#Angel Victor
#Gran Canaria
#kebakaran hutan
#Lapangan Terbang Antarabangsa Las Palmas
#memadamkan kebakaran
#menyimbah air
#Pergunungan Cruzde Tejeda
#pulau peranginan
#Tamadaba Natural Park
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan