MADRID: Kebakaran hutan di Tenerife semakin marak di luar kawalan walaupun pihak bomba bertungkus lumus memadamkan api selama empat hari, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Setakat ini, kebakaran hutan itu memusnahkan kira-kira 8,400 hektar tanah, lonjakan yang besar sejak kali terakhir direkodkan, kata ketua wilayah Kepulauan Canary Fernando Clavijo pada Sabtu malam.
Di sebalik perkembangan itu katanya, keseluruhan bahagian selatan kebakaran itu "sangat stabil," walaupun kawasan utara kebakaran masih menjadi kebimbangan.
Pemimpin itu pada masa sama menyifatkan kebakaran itu antara yang paling teruk di Tenerife dalam tempoh 40 tahun lalu.
Lebih 12,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka di 11 bandar berbeza akibat kebakaran di utara dan timur laut pulau itu, menurut anggaran pihak berkuasa.
Pada awalnya, pihak berkuasa menganggarkan 26,000 orang telah berpindah dari rumah mereka pada Sabtu, tetapi jumlah itu menurun setelah disemak semula.
Tiada kecederaan atau kemusnahan rumah dilaporkan. Kehidupan kebanyakan penduduk diteruskan seperti biasa di kawasan pelancongan pulau itu, menurut maklumat rasmi.
Punca kebakaran, yang berlaku berhampiran bandar kecil Arafo, masih belum jelas dan Clavijo mengatakan siasatan telah dimulakan.
- BERNAMA-dpa
TAG: kebakaran hutan, Sepanyol, Tenerife, bomba, marak
Bernama
Sun Aug 20 2023
Kebakaran hutan di Tenerife semakin marak di luar kawalan walaupun pihak bomba bertungkus lumus memadamkan api selama empat hari. - Foto AP
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Piala Thomas: Jangan pandang mudah Malaysia - Antonsen
Walaupun Malaysia membariskan skuad perseorangan kurang 'menyengat', Anders Antonsen masih menjangkakan saingan sengit.
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Kasino di Forest City
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Gesaan dari seluruh dunia untuk satu gencatan senjata semakin meningkat dengan serangan ke atas Gaza kini memasuki bulan ketujuh.
World Economic Forum berbeza dari kelaziman
Lazimnya World Economic Forum (WEF) akan berlangsung setiap musim sejuk di Davos, Switzerland, lokasi lahirnya forum berprestij dunia ini sejak lebih lebih dekad lalu.
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Pemain Astro Kem Badminton 2024 berpeluang berlatih di bawah jurulatih BAM
Wan Wah menjelaskan pemain-pemain yang dipilih akan menjalani latihan intensif itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
#AWANI745
#AWANI745
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia gesa satu resolusi penyelesaian isu Palestin dapat dicapai
Malaysia antara lain mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi menghantar tentera pengaman ke Palestin.
Kebakaran hutan di Pahang semakin pulih
Kebakaran hutan berskala besar yang melibatkan tiga lokasi di negeri Pahang sejak akhir Mac semakin pulih.
30 hektar hutan tanah gambut di Kuantan terbakar
Setakat 10 malam operasi masih berjalan bagi memadam 10 hektar lagi kawasan yang terbakar.
Kebakaran hutan di Bukit Broga berjaya dikawal sepenuhnya
Api berjaya dipadam sepenuhnya oleh pihak bomba pada jam 2.30 pagi dan operasi dihentikan pada jam 3.30 pagi tadi.
Indonesia sedang siap sedia untuk laksana pembenihan awan tangani kebakaran hutan
Langkah itu bagi menangani kebakaran yang berlaku baru-baru ini selepas musim tengkujuh, khususnya di wilayah Riau.
Bomba kenal pasti lima negeri berisiko berlaku kebakaran hutan
JBPM mengenal pasti 201,000 hektar tanah gambut yang dimajukan di lima negeri sebagai berisiko berlaku kebakaran hutan.
Cuaca panas melampau, pembakaran hutan tingkat kes kebakaran di Sabah
Cuaca panas melampau dan kemarau, selain pembakaran hutan secara sengaja untuk pembersihan kebun serta membuka kawasan baharu antara punca utama peningkatan kebakaran di Sabah bulan ini.
Cuaca panas, kering, El Nino, elak pembakaran terbuka - Nik Nazmi
Menurut Nik Nazmi, terdapat dua kes kebakaran berskala besar melibatkan kawasan hutan simpan, iaitu di Sabah dan Perlis, baru-baru ini.
Sekurang-kurangnya 99 terbunuh dalam kebakaran hutan di Chile
Sekurang-kurangnya 99 terbunuh manakala 1,600 orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran hutan melanda Wilayah Valparaiso, Chile.
10 maut dalam kebakaran hutan di Chile
Seramai 10 orang terbunuh dalam kebakaran hutan di tengah dan selatan Chile, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik pihak berkuasa tempatan.
Ibu dukung anak OKU elak rentung
Kejadian berlaku pada jam 8.20 pagi ketika Asmiza Mustapha, 48, melakukan persiapan untuk membuka operasi menjual nasi berlauk bersama suaminya, Mohamad Jaafar, 53.