awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan Greece ragut 20 nyawa

Sinar Harian
Sinar Harian
24/07/2018
06:27 MYT
Kebakaran hutan Greece ragut 20 nyawa
Anggota bomba menggunakan penyembur air bagi memadam kebakaran di bandar Mati, timur Athens, 23 Julai, 2018. (Foto AP)
Kebakaran hutan yang melanda wilayah berhampiran Athens, kini meragut sekurang-kurangnya 20 nyawa, kata kerajaan.
Beratus anggota bomba dikerah memadamkan kebakaran manakala penduduk diarahkan meninggalkan kediaman mereka.
"Kami akan melakukan apa sahaja untuk mengawal kebakaran tersebut," kata Perdana Menteri, Alexis Tsipras yang turut memendekkan tempoh lawatannya ke Bosnia bagi membantu menyelaraskan pelan tindakan.
Tsipras menambah semua pasukan kecemasan telah diarah membantu operasi di samping mengisytiharkan darurat di wilayah Attica sekitar Athens.
Itali, Jerman, Poland dan Perancis turut menghantar bantuan dalam bentuk pesawat tambahan, dan anggota bomba.
Sementara itu, jurucakap kerajaan, Dimitris Tzanakopoulos mengesahkan angka kematian meningkat kepada 20 orang awal pagi Selasa.
Kebanyakan mangsa terperangkap di resort tepi pantai Mati, 40 kilometer di timur laut Athens, mereka ditemui maut sama ada di rumah atau dalam kenderaan.
Lebih dari 104 dilaporkan cedera, 11 daripada mereka parah, termasuk 16 orang kanak-kanak.
Dengan suhu yang dijangka terus meningkat akibat kebakaran hutan yang melanda serata Sweden, pihak berkuasa kini harus bertindak pantas bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak. - Agensi
Topic Berkaitan
#Alexis Tsipras
#Athens
#bantuan
#Greece
#hutan
#Itali
#Jerman
#kebakaran
#kematian
#Pasukan kecemasan
#Sweden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan