awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan musnahkan sempadan Kanada-AS, ratusan diarah berpindah

Bernama
Bernama
31/07/2023
12:36 MYT
Kebakaran hutan musnahkan sempadan Kanada-AS, ratusan diarah berpindah
Kebakaran hutan, yang berpunca dari negeri Washington barat laut AS, membakar kira-kira 4 km dari kawasan Osoyoos di pedalaman selatan British Columbia. - Gambar Reuters/Jesse Winter
OTTAWA: Beratus-ratus orang di barat Kanada telah diarah berpindah berikutan kebakaran hutan luar kawalan yang merentasi sempadan Kanada-AS, lapor media Ahad.
Daerah Serantau Okanagan-Similkameen dan bandar Osoyoos mengeluarkan perintah pengosongan Sabtu petang bagi 732 hartanah di dalam dan sekitar Osoyoos, 400 kilometer (km) timur Vancouver, menurut laporan.
Kebakaran hutan, yang berpunca dari negeri Washington barat laut AS, membakar kira-kira 4 km dari kawasan Osoyoos di pedalaman selatan British Columbia.
Di sebelah sempadan Kanada, kebakaran telah merebak sehingga 885 hektar pada pagi Ahad, manakala di sebelah AS kebakaran telah membakar lebih daripada 4,000 hektar, kata pegawai kebakaran hutan negeri Washington.
Pada pagi Ahad, lebih 2,000 hartanah di Osoyoos barat diletakkan dalam amaran berpindah.
Amaran pemindahan bermakna penduduk perlu bersedia untuk mengosongkan rumah mereka, manakala perintah pemindahan bermakna penduduk perlu keluar serta merta, kata laporan itu.
Datuk Bandar Osoyoos Sue McKortoff menggesa penduduk dan perniagaan mengurangkan penggunaan air untuk menjimatkan sumber untuk usaha memadam kebakaran.
Pusat Bomba Hutan Antara Agensi Kanada berkata Ahad bahawa terdapat lebih 1,000 kebakaran hutan aktif di seluruh negara dengan lebih 600 daripadanya di luar kawalan.
Setakat tahun ini, Kanada mencatatkan lebih 5,000 kebakaran hutan, yang telah memusnahkan kira-kira 126,000 km persegi tanah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Kanada
#kebakaran hutan
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan