PULUHAN ribu penduduk di Colorado, Amerika Syarikat, diarah berpindah dari kediaman masing-masing pada Jumaat, susulan kebakaran di hutan berdekatan.

Keadaan diburukkan oleh angin kencang, yang turut memusnahkan 580 kediaman termasuk sebuah hotel dan pusat beli belah.

Insiden menyebabkan sekurang-sekurangnya seorang anggota penyelamat dan enam orang awam cedera.

Sekitar 34,000 penduduk di Louisville dan Superior, yang terletak kira-kira 32 kilometer (km) dari barat laut Denver telah diarah berpindah sebelum kebakaran merebak.

Beberapa kawasan kediaman sudah hangus teruk.

Jerebu dan asap jingga dilihat memenuhi udara.

Pemindahan penduduk itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas selama 45 minit untuk 1km.