awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan terus merebak di Greece

Bernama
Bernama
23/08/2023
04:03 MYT
Kebakaran hutan terus merebak di Greece
Api kian marak dan menghampiri Gunung Parnitha, lokasi terletaknya pangkalan radar Tentera Udara Greece. - Gambar/ Reuters
ATHENS: Greece masih diancam kebakaran hutan yang kini sudah mula merebak ke beberapa pinggir bandar di utara Athens, lapor media tempatan pada Selasa.
Kebakaran yang berlaku sekitar tengah hari di bandar Fyli yang terletak 25 kilometer dari pusat bandar Athens itu terus merebak dan sukar dikawal, menyebabkan pemindahan terpaksa dilakukan, lapor Agensi Anadolu.
Api kian marak dan menghampiri Gunung Parnitha, lokasi terletaknya pangkalan radar Tentera Udara Greece.
Di bandar Aspropyrgos yang terletak 16 kilometer (km) barat laut Athens dan menempatkan zon perindustrian utama, kebakaran telah memusnahkan atau merosakkan banyak kilang.
Kebakaran itu turut memaksa penduduk di sekurang-kurangnya tiga penempatan di kawasan berkenaan dipindahkan dan perkhidmatan kereta api di beberapa bahagian digantung.
Di bandar pelabuhan di timur laut Alexandroupolis, kebakaran sudah memasuki hari keempat.
Puluhan penempatan dan sebuah hospital telah dipindahkan dan langkah telah diambil untuk mengosongkan bandar itu.
Sementara itu, jurucakap Perkhidmatan Bomba Negara, Yiannis Artophios, berkata sebanyak 93 kebakaran hutan berlaku dalam tempoh 24 jam lepas, kebanyakannya berjaya ditangani di peringkat awal.
Beliau berkata lebih banyak bantuan daripada Kesatuan Eropah akan tiba tidak lama lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, agensi meteorologi negara itu mengumumkan antara 19 dan 21 Ogos, sejumlah 161,874 hektar kawasan hutan di seluruh negara musnah terbakar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Greece
#kebakaran hutan
#Athens
#Gunung Parnitha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan