awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran musnahkan bangunan Parlimen Afrika Selatan

Bernama
Bernama
02/01/2022
15:01 MYT
Kebakaran musnahkan bangunan Parlimen Afrika Selatan
Pasukan bomba berada di lokasi berkenaan dan cuba memadamkan kebakaran yang telah merebak ke bangunan lama Dewan Perwakilan. - Reuters
MOSCOW: Kebakaran berlaku pada Ahad di bangunan Parlimen Afrika Selatan, yang terletak di ibu negeri Cape Town, lapor Sputnik memetik laporan media tempatan.
Menurut portal berita News24, beberapa pasukan bomba kini berada di lokasi berkenaan dan cuba memadamkan kebakaran yang telah merebak ke bangunan lama Dewan Perwakilan.
"Bitumen di bumbung turut mencair, menjadi petunjuk terhadap suhu panas melampau. Terdapat laporan bahawa dinding juga mengalami keretakan, yang boleh mengakibatkan strukturnya runtuh," kata jurucakap Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Cape Town, Jermaine Carelse.
Kompleks Parlimen Cape Town terdiri daripada beberapa bangunan lama yang dbina pada abad ke-19 dan bangunan baharu yang dbina dari tahun 1920-an dan 1980-an.
Menurut News24, perkhidmatan kecemasan telah menutup kawasan sekitar Parlimen dan meminta bantuan sokongan.
Pada bulan April, kebakaran besar berlaku berhampiran Cape Town, yang melanda kampus dan perpustakaan Universiti Cape Town.
Kebakaran berjaya dikawal hanya pada hari keempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#kebakaran parlimen
#bangunan parlimen terbakar
#Cape Town
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan