awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebocoran risikan AS tidak jejaskan kepercayaan sekutu

Bernama
Bernama
18/04/2023
03:45 MYT
Kebocoran risikan AS tidak jejaskan kepercayaan sekutu
Pelbagai dokumen rahsia Pentagon tular di Internet berminggu-minggu selepas disiarkan dalam kumpulan sembang pada aplikasi Discord. - Foto fail/AP
WASHINGTON: Walaupun berlaku kebocoran dokumen rahsia yang mendedahkan cara komuniti perisikan AS mengintip rakan kongsi dan musuh, seorang pegawai keselamatan negara berkata Washington percaya pendedahan mengaibkan itu tidak mendatangkan kerosakan besar, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
"Walaupun dikesali, pendedahan dokumen sulit itu setakat ini tidak mengakibatkan pecah amanah atau hilang keyakinan antara rakan kongsi kami atau usaha bersama kami untuk memajukan matlamat mereka di seluruh dunia," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara White House John Kirby.
Sekutu Washington "menghargai keseriusan kami menangani isu ini," kata Kirby pada Isnin.
Pelbagai dokumen rahsia Pentagon tular di Internet berminggu-minggu selepas disiarkan dalam kumpulan sembang pada aplikasi Discord.
Ia mengandungi maklumat tentang perang yang sedang dilancarkan Rusia terhadap Ukraine, serta butiran mengenai dakwaan operasi pengintipan AS terhadap rakan kongsi.
Seorang pegawai tentera berusia 21 tahun disyaki menerbitkan dokumen itu dalam ruang sembang jemputan sahaja. Dari situ, dokumen itu menular sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa dan media awal bulan ini.
Pakar IT itu dituduh mengalih keluar, menyimpan dan menghantar maklumat sulit dan pertahanan negara tanpa kebenaran. Lelaki itu ditahan di Massachusetts pada Khamis.
Kirby sekali lagi menggesa media supaya "berhati-hati" dalam laporan mereka mengenai dokumen itu, yang diremehkannya sebagai "dokumen yang tidak lengkap."
"Sudah tentu kami menekankan bahawa bahan ini tidak patut ada dalam domain awam.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#kebocoran data
#White House
#Discord
#risikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan