awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecilkan keluarga diraja "bukan idea yang baik", kata Puteri Anne

Agensi
Agensi
03/05/2023
00:00 MYT
Kecilkan keluarga diraja "bukan idea yang baik", kata Puteri Anne
Puteri Anne mengkritik cadangan untuk menyusun dan mengecilkan keluarga diraja Britain dengan menyifatkan ia sebagai "bukan idea yang baik." - Gambar REUTERS
PUTERI Anne mengkritik cadangan untuk menyusun dan ‘mengecilkan’ keluarga diraja Britain dengan menyifatkan ia sebagai "bukan idea yang baik."
Dalam temuramah dengan CBC News iaitu stesen penyiaran Kanada, puteri diraja itu ditanya mengenai laporan bahawa abangnya, Raja Charles III yang berhasrat untuk mengubah institusi itu dalam gerakan yang kerap disebut sebagai "mengecilkan" monarki.
Puteri Anne menegaskan, apa yang penting ialah untuk memastikan bahawa setiap anggota keluarga diraja mempunyai peranan dan tugas yang jelas.
Beliau turut berpendapat, keluarga diraja yang lebih kecil mungkin lebih sukar untuk menjalankan tugas mereka dan paling utama juga ialah "bukanlah jumlah tetapi lebih kepada siapa yang melakukan pekerjaan."
Selain “mengecilkan monarki”, Raja Charles juga dilaporkan mahu mengurangkan tugas-tugas kerabat serta mengecilkan jumlah kakitangan.
Puteri Anne lazimnya digambarkan sebagai “kerabat diraja yang bekerja keras” berikutan jumlah acara rasmi yang dihadiri setiap tahun termasuk pada tahun 2022 berada di kedudukan teratas dengan jumlah 214 berbanding abangnya hanya menghadiri 181 acara rasmi.
Dengan kemangkatan Ratu Elizabeth II iaitu beberapa bulan selepas kemangkatan suaminya, Raja Philip, keluarga diraja Britain berhadapan dengan krisis termasuk tindakan Putera Harry dan isterinya Meghan Markle yang membuat keputusan mengundurkan diri daripada tugas-tugas diraja pada tahun 2020.
Tidak ketinggalan dakwaan Putera Andrew melakukan penderaan seksualn terhadap seorang gadis remaja warga Amerika Syarikat yang dibekalkan kepadanya oleh Pengurus Dana Amerika, Mendiang Jeffrey Epstein.
Susulan itu, Ratu Elizabeth Il telah melucutkan semua gelaran kehormat ketenteraan Putera Andrew dan peranan dirajanya dalam badan amal dan kumpulan sivik lain
Mewarisi takhta selama tujuh dekad, Raja Charles akan ditabalkan secara rasmi dalam upacara pada Sabtu ini.
Dijangkakan ribuan orang akan berkumpul di Westminster Abbey dan jalan-jalan sekitar kota London untuk menyaksikan pertunjukan istimewa pertabalan diraja British itu.
Topic Berkaitan
#Puteri Anne
#Raja Charles III
#Kerabat diraja Britain
#monarki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan