awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecoh dalam pesawat, peminat serbu pelakon terkenal di kabin “business class”

Agensi
Agensi
10/07/2025
23:50 MYT
Kecoh dalam pesawat, peminat serbu pelakon terkenal di kabin “business class”
Kru penerbangan menarik langsir pemisah antara kelas ekonomi dan perniagaan untuk memastikan penumpang dan peminat Tian Xu Ning tidak memasuki kabin kelas perniagaan.
FUZHOU (CHINA): Kekecohan berlaku dalam pesawat Xiamen Airlines penerbangan MF8330 dari Changsha ke Fuzhou pada 8 Julai lalu apabila sekumpulan peminat fanatik bertindak menyerbu kelas perniagaan semata-mata untuk bergambar dengan pelakon popular China, Tian Xu Ning.
Insiden berlaku ketika pesawat sedang bersiap untuk mendarat, di mana rakaman video menunjukkan tiga kru kabin bertungkus-lumus menahan peminat yang cuba meluru ke tempat duduk Tian Xu Ning yang berada di 11L.
Kru penerbangan menarik langsir pemisah antara kelas ekonomi dan perniagaan sambil merayu agar penumpang duduk semula.
“Jangan tolak ke depan, pesawat belum berhenti lagi,” kedengaran suara salah seorang pramugari dalam rakaman tersebut.
pic.twitter.com/i0HyDzBWKO
— (@miren_41319) July 9, 2025
Menurut saksi, Tian Xu Ning, 27, tidak memberikan sebarang reaksi sepanjang kekecohan berlaku. Beliau mula dikenali selepas membintangi drama hit "Revenged Love" awal tahun ini.
Dalam kejadian berasingan, Tian turut diganggu oleh peminat dalam satu lagi penerbangan, dengan tuduhan liar mengatakan beliau mempunyai teman wanita dan anak secara rahsia.
Peminat dilaporkan menjerit: “Suruh teman wanita kamu jangan muncul di khalayak” dan “Putuskan hubungan dengan dia.”
Pengurusan Tian Xu Ning menafikan dakwaan tersebut dan menyeru peminat agar bertenang.
“Tian Xu Ning masih bujang dan tidak mempunyai anak. Kami mohon peminat untuk beri ruang dan hormat privasi beliau,” kata wakil pengurusan.
Insiden ini mencetuskan kemarahan netizen di media sosial China, yang menyifatkan tindakan peminat sebagai melampau dan menyedihkan.
“Ini sangat menyedihkan. Pelakon hanya mahu menjalankan tugas mereka. Harap pihak pengurusan ambil tindakan undang-undang,” tulis seorang pengguna.
Pakar undang-undang turut memberi amaran tindakan mengganggu kru dan menghalang laluan kabin boleh dianggap sebagai gangguan ketenteraman awam di bawah peraturan keselamatan China.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman termasuk denda sehingga 200 yuan (RM130) atau dipenjara sehingga 10 hari.
Tindakan jenayah boleh dikenakan sekiranya keselamatan penerbangan terjejas. - Agensi
Topic Berkaitan
#kecoh dalam pesawat
#Xiamen Airlines
#Tian Xu Ning
#pelakon popular China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan