Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, Turki mengesahkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah mengadakan lawatan rasmi ke Istanbul, Turki bagi memenuhi jemputan oleh Cambridge IF Analytica sempena Global Good Governance (3G) Awards 2016.
Duta Besar Malaysia ke Republik Turki, Datuk Amran Mohamed Zin berkata Rosmah tiba di Istanbul pada malam 25 Mei dan terus pulang ke Malaysia sejurus selepas Majlis 3G Awards selesai pada malam 26 Mei.
"Majlis tersebut dianjurkan di Istanbul sempena Global Donors Forum dan Sidang Kemuncak Kemanusiaan Sedunia (World Humanitarian Summit).
"Rosmah menyampaikan ucap tama pada Majlis 3G Awards tersebut, di samping menerima Anugerah 3G Children Welfare Award atas kejayaan Program Permata dipilih secara global sebagai pemenang Anugerah tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kata Amran, sebagai Penaung Program Permata, Rosmah telah diundang oleh pihak penganjur untuk menerima anugerah tersebut.
"Penganugerahan kepada Program Permata merupakan satu pengiktirafan antarabangsa bagi sumbangan kepada pertumbuhan pendidikan serta pembelajaran, psikologi, intelek dan fizikal kanak-kanak," jelasnya.
Kata Amran lagi, sebelum Majlis 3G Awards, Rosmah Mansor turut mengadakan pertemuan dengan anggota Majlis Tertinggi Pendidikan Qatar dan Pengerusi Lembaga Penaung World Congress of Muslim Philanthropists (WCMP), Dr Sheikha Aisha Faleh Nasser Al-Thani serta barisan kepimpinan Cambridge IF Analytica.
Astro Awani
Sun Jun 12 2016
Kedutaan Besar Malaysia di Turki sahkan Rosmah hadiri Anugerah 3G - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kedutaan Besar Malaysia di Turki sahkan Rosmah hadiri Anugerah 3G
Kedutaan Besar Malaysia di Turki sahkan Rosmah memenuhi jemputan oleh Cambridge IF Analytica sempena Global Good Governance (3G) Awards 2016.