awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: ADUN tunggal pembangkang ikrar beri kerjasama baik demi rakyat
Zelenskyy bertemu PM Kanada, terima bantuan tambahan AS$1.83 bilion
MCMC teruskan libat urus dengan platform media sosial, tegaskan pematuhan undang-undang - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan India di Kiev gesa rakyatnya tinggalkan Ukraine

Bernama
Bernama
15/02/2022
10:49 MYT
Kedutaan India di Kiev gesa rakyatnya tinggalkan Ukraine
Kedutaan India di Kiev akan terus beroperasi seperti biasa, dan menyediakan perkhidmatan kepada warganegaranya. - Facebook India in Ukraine (Embassy of India, Ukraine)
NEW DELHI: Kedutaan India di Kiev pada Selasa mengesa rakyatnya meninggalkan negara itu buat sementara waktu berikutan "ketidakpastian keadaan semasa", lapor Sputnik.
"Memandangkan keadaan tidak menentu di Ukraine, warga India terutama pelajar boleh mempertimbangkan untuk meninggalkan negara ini buat sementara waktu.
"Rakyat juga dinasihatkan mengelakkan sebarang perjalanan tidak penting ke Ukraine," menurut kenyataan kedutaan itu.
Selain itu, kedutaan juga menggesa rakyatnya "memaklumkan kehadiran mereka di negara terbabit bagi membolehkan kedutaan menghubungi mereka sekiranya perlu".
Kedutaan akan terus beroperasi seperti biasa, dan menyediakan perkhidmatan kepada warganegaranya, menurut kenyataan itu.
Sejak beberapa bulan lepas, Barat dan Ukraine menuduh Rusia mengerah tentera tambahan di sepanjang sempadan Ukraine sebagai persiapan untuk menyerang.
Moscow berulang kali menafikan dakwaan itu dan berkata ia tidak berniat menyerang negara bekas Soviet itu sambil menegaskan bahawa ia mempunyai hak memindahkan tenteranya di sekitar wilayahnya.
Rusia juga menyatakan kebimbangan terhadap aktiviti ketenteraan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran sempadannya dan sokongan ketenteraan berterusan ke Ukraine, termasuk peningkatan bilangan senjata dan penasihat tentera Barat di wilayah pertikaian antara kedua-dua negara Donbas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kedutaan india
#Kiev
#Ukraine
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan