awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan Korea Selatan keluar amaran pelitup muka 'KF' palsu

Eton Khir
Eton Khir
23/09/2021
14:56 MYT
Kedutaan Korea Selatan keluar amaran pelitup muka 'KF' palsu
'KF' merujuk kepada jenis penapis yang digunakan pada pelitup muka tersebut iaitu Korean Filter dan banyak pelitup yang dijual di pasaran Malaysia dengan nama 'KF' dipercayai tidak mencapai piawaian berkenaan. - Gambar hiasan/ Twitter @sitihawaauni98
KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Korea Selatan di Malaysia telah mengeluarkan peringatan mengenai pemalsuan pelitup muka jenis ‘KF’, baru-baru ini.
Menerusi laman Facebook rasminya, jurucakap kedutaan berkenaan telah tampil memberikan penjelasan mengenai perkara berkenaan kepada orang ramai.
Katanya, pelitup muka 'KF' atau 'KF Face Mask' itu merujuk kepada alat pernafasan yang dihasilkan di Korea Selatan dan diklasifikasikan sebagai pelitup muka jenis KF80, KF94 atau KF99 mengikut kecekapan penapisan.
Sumber Facebook koremy.eng
Katanya, 'KF' merujuk kepada jenis penapis yang digunakan pada pelitup muka tersebut iaitu Korean Filter dan banyak pelitup yang dijual di pasaran Malaysia dengan nama 'KF' dipercayai tidak mencapai piawaian berkenaan.
Jelasnya lagi, platform e-dagang yang terdapat di negara ini juga dipercayai banyak menjual pelitup muka yang bukan berasal dari Korea Selatan sebaliknya dibuat di negara lain dan langsung tidak mendapatkan pengesahan selain tidak diuji serta diluluskan oleh Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat Ubatan (MFDS) Republik Korea.
Pihak kedutaan berkenaan turut memberikan panduan cara memeriksa status produk yang dipasarkan sebagai KF80, 94 or AD (anti-droplet) di laman web MFDS untuk pengesahan keaslian.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#pelitup muka
#Korea Selatan
#KF Face Mask
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan