Tiada bukti menunjukkan insiden tembakan di Toronto pada malam Ahad lalu, mempunyai kaitan dengan Daish di Iraq dan Syria, kata polis Toronto lapor agensi berita Xinhua.
Suspek, Faisal Hussain, 29, dipercayai melepaskan tembakan menyebabkan dua nyawa terkorban dan mencederakan 13 yang lain dalam kejadian yang berlaku di Greektown.
Penyerang itu juga meninggal dunia ketika berbalas tembakan dengan polis.
Daish, yang dipetik agensi berita AMAQ, mendakwa bertanggungjawab ke atas kejadian itu namun tidak memberikan sebarang bukti menyokong dakwaan mereka.
"Kami akan teruskan penyiasatan serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai suspek termasuk berhubung kesihatan mental," kata Ketua Polis Toronto Mark Saunders dalam sidang akhbar pada Rabu.
Sementara itu, Datuk Bandar Toronto John Tory bimbang dengan maklumat yang tular di media sosial.
"Saya tegaskan di sini, orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber sahih iaitu polis Toronto," katanya kepada pemberita.
BACA: 3 maut dalam insiden tembakan rambang di Toronto
Menurut seorang sumber, suspek merupakan pelajar menengah di Kolej Institut Marc Garneau dan Kolej Institut Victoria Park, sebelum ini pernah ditahan polis sebanyak dua kali ketika berusia 18 tahun.
Senjata api dan komputer ditemui di apartmen di Taman Thorncliffe di mana suspek tinggal bersama ibu, bapa dan abangnya.
Jiran dan sahabatnya menyifatkan Hussain seorang yang baik,tenang dan bersopan-santun.
Hussain tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan tidak pernah menggugat keselamatan awam, kata jurucakap polis Toronto, Meaghan Grey.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 26 2018
Ketua Polis Toronto Mark Saunders bercakap pada sidang media pada Isnin, 23 Julai, 2018. (Foto AP / Fail)
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Pasangan suami isteri mengaku bersalah miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Sepasang suami isteri hari ini mengaku bersalah di dua Mahkamah Tinggi atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish pada Mei lepas.
Bicara kes operator kilang sokong kumpulan Daish bermula 12 Feb 2025
Muhammad Aabid didakwa menyimpan bahan letupan, memiliki sembilan video dan lima artikel berkaitan pengganas Daish, serta membuat bahan letupan sebagai persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas.
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong Daish, miliki senjata api
Radin Imran membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.
Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.
Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Israel secara rahsia menyelaraskan serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.
Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish
Antonio Guterres berkata, siasatan adalah penting dalam kes menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kematian akibat serangan.