SINGAPURA: Kejayaan Singapura dalam menangani cabaran bergantung kepada tiga asas, iaitu "rakyat bersatu, pasukan kepimpinan berkualiti tinggi dan kepercayaan tinggi antara rakyat dan pemimpin mereka," kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Dalam ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan, Lee menyentuh beberapa cabaran seperti menangani COVID-19 dan persediaan untuk pandemik seterusnya; menangani bahaya geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi; mengendalikan isu domestik yang sensitif, dan merancang serta membina Singapura untuk jangka panjang.
"Ini penting jika kita ingin bertindak secara kreatif dan berdaya tahan terhadap cabaran, tahun demi tahun. Kami mungkin mempunyai rancangan yang terbaik, tetapi tanpa tiga asas ini, rancangan itu akan menjadi sia-sia," kata perdana menteri berusia 70 tahun itu dalam ucapannya bertajuk "Menjamin Masa Depan Kita".
Lee berkata kerana kepentingan perkara itu beliau berulang kali menekankan hal berkenaan dengan pendekatan berbeza.
"Khususnya, kepimpinan yang baik tidak akan dipertikaikan.
"Lihat negara yang kerajaannya tidak stabil dan politik yang tidak menentu, sering bertukar dari satu pilihan raya ke pilihan raya yang lain.
"Apabila keadaan tidak berjaya seperti yang dirancang, pemimpin dipaksa keluar, atau meletakkan jawatan secara beramai-ramai. Tetapi walaupun selepas bertukar pasukan, keadaan masih tidak berubah. Dasar dan undang-undang sama ada tidak pernah melalui kebuntuan politik atau dibuat oleh satu kerajaan sahaja untuk diulangi kerajaan seterusnya," katanya.
Lee berkata lazimnya bukan hanya pemimpin mengecewakan, tetapi keseluruhan sistem yang telah gagal.
"Akibatnya kehilangan kepercayaan yang dahsyat: bukan sahaja kepada ahli politik atau parti tertentu, tetapi dalam keseluruhan sistem dan kelas politik," katanya.
Perdana Menteri menegaskan negara kecil seperti Singapura mempunyai "margin sifar untuk melakukan kesilapan."
"Bukan sahaja kejayaan berterusan Singapura, tetapi kelangsungan hidup kita, bergantung kepada pemimpin sejati. Pemimpin yang berintegriti, berdedikasi dan cekap. Pemimpin yang mempunyai keyakinan untuk membuat keputusan sukar dan melakukan perkara yang betul.
Menurutnya, penggantian kepimpinan satu hal yang sangat penting.
"Apabila COVID-19 melanda, saya terpaksa menangguhkan rancangan penganti saya. Sekarang kita belajar untuk hidup bersama COVID-19, dan memasuki normal baharu. Menteri-menteri yang lebih muda telah memilih Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong untuk memimpin mereka.
"Saya gembira perkara itu selesai, dan rancangan penganti saya kembali ke landasan," katanya.
Dalam ucapan bahasa Inggerisnya yang mengambil masa kira-kira sejam, Lee antara lain mengumumkan kerajaan akan memansuhkan Seksyen 377A (s377A) Kanun Keseksaan dan menjadikan hubungan seks antara lelaki bukan satu jenayah.
Bagaimanapun, Lee menyatakan bahawa "walaupun kami memansuhkan s377A, kami akan mendukung dan melindungi institusi perkahwinan."
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 21 2022
Lee berkata negara yang kerajaannya tidak stabil dan politik yang tidak menentu, sering bertukar dari satu pilihan raya ke pilihan raya yang lain. - Foto BERNAMA
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Lee Hsien Loong akan dilantik Menteri Kanan - Lawrence Wong
Lee Hsien Loong akan kekal dalam kabinet kerajaan Singapura sebagai Menteri Kanan selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Lawrence Wong dilantik PM Singapura baharu 15 Mei
Lawrence Wong bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura pada 15 Mei depan.
PM Lee ucap tahniah kepada PM Pihak Berkuasa Palestin Mohammad Mustafa
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Dr Mohammad Mustafa atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin.
PM Singapura pertahan konsert Taylor Swift, anggap perjanjian 'sangat berjaya'
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, perjanjian itu ternyata berjaya, dan membawa manfaat ekonomi kepada negaranya,dan menarik kedatangan pelancong dari seluruh rantau Asean.
Menteri Kabinet Singapura S Iswaran letak jawatan, keluar PAP
Lee Hsien Loong menyatakan bahawa Pendakwa Raya pada Khamis telah memfailkan pertuduhan jenayah terhadap S Iswaran di mahkamah.
Kerajaan yakin RTS Link beroperasi mulai 1 Jan 2027 - Loke
Kerajaan berpuas hati dengan kemajuan kerja-kerja pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura.
Malaysia, Singapura perkukuh jalinan ekonomi dengan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura
Cadangan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berada di landasan untuk direalisasikan dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Singapura hari ini.
Perbincangan mengenai SFZ, SEZ di Johor di peringkat akhir - PM Anwar
PM Anwar berkata beliau akan berjumpa dengan PM Lee Hsien Loong pada pertengahan Januari, bagi membincangkan hal tersebut
PM Singapura berhasrat serah kepimpinan kepada TPM Lawrence Wong sebelum PRU
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyuarakan hasrat untuk menyerahkan pucuk kepimpinan kepada timbalannya Lawrence Wong, sebelum Pilihan Raya Umum akan datang.
Batu Puteh: Peguam Negara Malaysia-Singapura perlu dilibatkan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berpendirian bahawa isu berkaitan Batu Puteh boleh diselesaikan dengan penglibatan langsung Peguam Negara (AG) Malaysia dan Singapura.